Monday, March 4, 2013

ATM Bakal Lancar Serangan Besar Besaran ,Tamatkan Pencerobohan Di Sabah


Media perdana melaporkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

 Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie itiu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

 Sementera itu, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan senarai nama enam anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh di Semporna, Sabah.

 Wira negara yang terkorban ialah:

Mereka ialah:
 1. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna

 2. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman

 3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah

 4. Sarjan Aziz Sarikun - Battalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau

 5. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau

 6. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau

 Media perdana pula melaporkan balu salah seorang pegawai polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, Sabah, malam tadi, sama sekali tidak menyangka suaminya itu akan ditimpa malapetaka.

 Ini kerana Supritendan Ibrahim Lebar, 45, yang bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke negeri itu hanya ditugaskan untuk membantu pasukan sedia ada khususnya dalam risikan dan pengumpulan maklumat.

Perkara itu dinyatakan isteri Allahyarham, Rosiah Dahlan, 40-an, kepada Timbalan Pengarah Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang melawat keluarga Allahyarham lewat petang ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.