Thursday, March 7, 2013

Guan Eng Terima Hadiah Penyapu Sempena Ulang Tahun Ke -5 DAP Mentadbir P.Pinang


GEORGETOWN - Seorang peniaga Mohamed Yacoob Mohamed Noor, 24, hari ini memberikan 'hadiah' penyapu buruk dan gaharu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-5 pakatan pembangkang mentadbir Pulau Pinang esok.

 Beliau yang kehilangan bengkel motosikal selepas diroboh Majis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dua tahun lepas, berkata hadiah itu sebagai simbolik kedegilan ketua menteri itu untuk bertemu dengan rakyat bagi berunding sebarang masalah.

 Mohamed Yacoob yang lebih dikenali sebagai "Yacoob Bebas" dan berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 itu berkata, rakyat negeri ini telah mula membenci Lim kerana keegoannya. "(Lim) Guan Eng tidak sedar ke rakyat di negeri ini yang mengundi beliau sehingga (dapat) memerintah Pulau Pinang tetapi beliau masih enggan bertemu kami," katanya kepada pemberita di pusat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan Komtar di sini hari ini, yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri.

 Namun usahanya bersama 10 yang lain untuk menyampaikan hadiah itu kepada Lim dihalang pengawal keselamatan tetapi ia diterima seorang petugas Pejabat Ketua Menteri. - Bernama

2 comments:

  1. Ngam la jgk tu,,sapa suruh kmu undi laknat tu dlu,,,tgok muka dia pn bleh dpt sial jgk,,,

    ReplyDelete
  2. Bagi org hadiah penyapu , ingat apa dah jadi pada khir toyo

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.