Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, tengah hari tadi. Pesawat Charlie yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari.
Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi. Seramai 500 anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menyambut ketibaan jenazah. Ahli keluarga kedua-dua anggota terbabit juga hadir.
Turut memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor juga hadir sama. Kira-kira jam 1.05 tengah hari kedua-dua jenazah selamat dibawa ke balai ketibaan dan doa dibacakan.
MB Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tidak dapat menahan sebak ketika melawat keluarga Allahyarham Insp Zulkifli Mamat di Besut ,Terengganu |
Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.