GEORGETOWN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dengan baik sedangkan pakatan pembangkang berdepan kesukaran malahan untuk menunaikan janji-janji mereka.
Beliau berkata rakyat tidak patut memperjudikan nasib dengan memberi mandat kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana masih banyak janji pilihan raya di negeri ditadbir mereka belum tertunai.
"Rakyat kena fikir, jangan dok salah pangkah, jangan pangkah (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim...dia (Anwar) kata dah lama BN memerintah, jadi kena ubah.
"Sedangkan kita (BN) dah mentadbir lebih 55 tahun, bermakna kita (BN) sudah ada pengalaman mentadbir. Apa sebab kita nak ubah sedangkan ekonomi negara kita sudah berkembang dan stabil, negara juga selamat, aman serta makmur," katanya semasa berucap pada program santai dan ramah mesra bersama penduduk di Kampung Nelayan Teluk Kumbar, dekat sini.
Pada program itu Muhyiddin turut bersarapan pagi bersama kira-kira 1,000 penduduk kampung yang hadir untuk bertemu timbalan perdana menteri. - Bernama
Sila Sokong Anwar sebab sapa sokong Anwar, nnt harga kunyit akan turun, mesti selalu bau kunyit mcm anwar
ReplyDelete