KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya 'hampir pasti' bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan menggunakan tiket PKR selepas beberapa siri pertemuan diadakan dengan pemimpin utama parti tersebut.
Sekiranya ternyata itu pilihan Juanda, ia sekali gus memusnahkan hasrat PAS yang dikatakan beria-ia mahu tokoh agama itu bertanding mewakili parti berteraskan Islam itu.
PKR tarik nafas lega keputusan Juanda
Antarapos difahamkan kata putus itu dicapai selepas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengadakan pertemuan dengan Juanda di Kangar, Perlis, kelmarin.
Perkara itu disahkan sumber Antarapos yang mengatakan Saifuddin bersama dua individu dipercayai ahli PKR 'muncul' di kediaman Juanda yang terletak di bandar Kangar sejurus selepas solat Jumaat, kelmarin.
"Setiausaha Agung PKR muncul di rumah Dr Juanda selepas solat Jumaat dengan ditemani dua individu namun YB Saifuddin kemudian meminta mereka meninggalkannya bersama Dr Juanda bagi membincangkan perkara ini.
"Hampir tiga jam YB Saifuddin berbincang dengan Dr Juanda dan kelihatan kata putus dicapai dalam pertemuan tersebut," kata sumber itu. Difahamkan beberapa bulan kebelakangan ini, Juanda sering 'dilawati' pemimpin parti politik termasuk PKR, PAS dan Umno untuk menawarkan tempat dalam parti masing-masing.
Selain Juanda, dua tokoh muda iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Maszlee Malek turut menjadi tumpuan parti politik.
Namun Asri dan Maszlee sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan. Mengenai kawasan yang akan ditandingi Juanda, sumber itu berkata ia 'mungkin' di Perlis. "Soal kawasan itu saya tidak berapa pasti tapi kemungkinan besar di Perlis sebab pertemuan diadakan di sana," jawabnya ringkas.
Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan.
PAS lebih mahukan Juanda berbanding PKR
Seorang lagi sumber berkata PAS turut memasang hasrat sama dan beberapa pertemuan dengan pemimpin tertinggi termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang diadakan. "PAS paling beria-ia mahukan Dr Juanda, bukan PKR tapi PAS. Banyak pertemuan diadakan antara Dr Juanda dan pemimpin PAS, lebih daripada lima kali pertemuan itu.
"PAS bersungguh-sungguh mahukan Dr Juanda sebagai calon di Perlis...bukan sahaja PAS Perlis tapi PAS Pusat turut mahukan beliau lebih daripada Dr Asri atau Dr Maszlee," katanya. Juanda dan Asri sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini. Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.- Antarapos.com
Komentar KP : Jadi,desas-desus Dr. Juanda akan bertanding dalam PRU-13 nanti sememangnya berasas lah dan pertemuannya dengan YB Saifuddin Nasution menguatkan lagi khabar angin tersebut.Patutlah KP dengar sebulan dua lepas daripada kawan dari PKR yg kata Dr. Juanda akan menjadi calon mewakili PR dan akan bertanding dalam PRU-13. PAS pun dengar kata berebut nak ambil Juanda sebagai calon mereka sampaikan ada berita kata PAS dan PKR Perlis bertelagah gara-gara PAS Perlis halang PKR nak calon Dr. Juanda mewakili PKR dan bertanding di Perlis.

Bengong... Harun DIn pun nak cabut dari PAS, Dr Juanda pula pi sua tengkok.... hahaha.. kalau betul macam tu memang mufti ni bengong...tak abih khatam lagi ilmu politik.
ReplyDelete