Thursday, March 14, 2013

PANAS !!! Tian Chua Dituduh Dibawah Akta Hasutan


Hari ini pertuduhan terhadap Chua Tian-Chiang @ Tian Chua-MP Batu telah dibacakan di bawah Sek 4 (1) b Akta Hasutan 1948, Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Aras 3 di hadapan Hj. Mohd Sekeri bin Mamat.

 Empat tuduhan menghasut isu tembak menembak di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan.

 1. Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

 2. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

 3. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; 

4. Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

 Peguambelanya iaitu N. Surendren meroyan pasal Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 dan ia adalah tinggalan zaman penjajah & penjajah tidak pernah lagi guna akta ini,Beliau menyeru kepada mahkamah supaya membebaskan tertuduh.

 Tetapi hujah oleh Pihak Pendakwaraya ialah akta ini bukan akta penjajah dan masih berkuatkuasa sehingga kini malah HAKIM sendiri sahkan ia masih digunapakai . Jaminan yg ditawarkan pihak pendakwa adalah munasabah, bukti & keterangan akan dikemukakan.

 Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

 Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

 Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.