PAS begitu berbangga apabila PI Bala sudah kembali ke Malaysia dan mengagumi keberanian beliau yang tampil bersumpah dengan Bhagavad Gita(Kitab Agama Hindu) akan kebenaran surat akaun bersumpah pertama beliau mengenai pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Najib dan Rosmah.Yang menjadi persoalannya kenapa menjelang PRU-13 baru PI Bala ini pulang ke Malaysia selepas melarikan diri ke luar negara kerana fitnah pembunuhan Altantuya ?? Kalau betul beliau ada bukti bahawa mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan itu,kenapa sampai sekarang beliau masih gagal membawa sebarang bukti untuk menunjukkan beliau di pihak yang benar ??
Beliau hanya masih bergantung kepada surat akuan bersumpah kosong yang dibuat beliau.Tiada bukti jelas dan sahih yang dikemukakan kecuali hanya sekeping surat tersebut.Kalau setakat menggunakan akuan tersebut masih belum cukup untuk menuduh seseorang itu .Mereka boleh bercakap berdegar-degar di ceramah-ceramah kisah Najib dan Altantuya ,tapi tanpa mengemukakan bukti ,agaknya semua orang jugak boleh membuat perkara yang sama.Bercakap kosong tanpa sebarang pembuktian yang sahih.Apa kreadibiliti PI Bala??Kenapa selama ini beliau melarikan diri ke luar negara dan bersembunyi,jika dipihak benar wajar di tampil ke hadapan sejak dahulu lagi .Kenapa menunggu sehingga saat-saat pilihanraya ??Apakah ini senjata terakhir Anwar untuk mencalarkan imej Najib walaupun Najib pernah bersumpah sebanyak tiga kali sebelum ini dengan nama Allah menafikan mengenali Altantuya .
“Saya ditekan oleh Anwar, Anwar suruh Azilah mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh Azilah mengaku bahawa Najib terlibat, Rosmah pun terlibat. Hasil siasatan yang saya buat sendiri, saya dapati tuduhan mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam, pada hari kejadian adalah fitnah. Bila saya semak, Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak yatim. Ada gambar dia, ada bukti. Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya. Bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadan. Walaupun tiada bukti, Anwar tetap berkeras mengarahkan saya mencari bukti palsu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah. Anwar paksa saya, awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya."
Ini petikan ceramah Datuk Zulkifli Nordin yang meletak jawatan sebagai peguam utama Anwar Ibrahim pada tahun 2009. Bertepatan dengan kenyataan Datuk Zulkifli Nordin, di bawah adalah gambar-gambar DS Rosmah Mansor yang berada di Tabung Haji pada tarikh dikatakan beliau berada di tempat pembunuhan dengan bersaksikan anak-anak yatim dan ahli keluarga dan kakitangan Tabung Haji.
Besar sangat kah pangkat si Bala tu?
ReplyDeletePersoalan nya, mengapa DS Najib diam membisu seribu bahasa, sedangkan ini bukan nya satu pertuduhan yang ringan.
Pertuduhan ini pasti akan tersebar keseluruh dunia.
Yg tu bukan rosmah tapi hantu raya rosmah yg kat majlias berbuka puasa.. itu kata org2 PR.. hehe..
ReplyDeleteBila nuar nak bersumpah dengan Bhagavad Gita?
ReplyDelete