KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.
Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari 1943.
Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.
Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. – Mynewshub.my
Komentar KP : Negara pada malam ini dikejutkan dengan berita perginya ke rahmatullah Dr. Muhammad Uthman El Muhammady buat selama-lamanya.Beliau merupakan seorang ulama yang sangat kuat mempertahankan aqidah ahlus sunnah wal jamaah di Malaysia dan merupakan ulama yang sangat dihormati pandangannya.
KP mengenali secara lebih dekat Dr. Muhammad Uthman ketika mengikuti Seminar Fiqh: Mentaati Pemerintah yang diadakan di PWTC yang mana beliau menjadi salah seorang pembentang kertas kerja.Beliaulah antara ulama yang mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dikala ulama-ulama politik lain mentohmah Malaysia sebagai negara sekular dan sebagainya.
Sumbangan beliau kepada pembangunan Islam di Malaysia sangat dihargai .
Apabila seorang ulama itu meninggal ,maka gelap gelitalah dunia sekitar tanpa cahaya
Berkata Saidina Abdullah Ibnu Mas'ud RA : ' Kematian seorang alim itu merupakan lubang pada Islam yang tidak mungkin ditampal walau berlalunya hari dan malam'
Marilah kita sedekahkah Al Fatihah buat beliau ,semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh..Ameen

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
ReplyDeletesemoga allah mecucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga diampun segala dosa arwah sewaktu hayatnya....