Monday, March 11, 2013

WOW !! Zuhudnya Nik Aziz,Menteri Besar Yang Tidak Ada Dompet



Inilah yang paling dibanggakan oleh macai-macai PAS apabila bercakap berkenaan Mursyidul Am mereka.Bukan apa,inilah tanda bahawa zuhudnya Nik Aziz di mata penyokong dan ahli PAS dengan berita sebegini.Kata diorang,mana nak jumpa Menteri Besar tidak ada dompet wang seperti Nik Aziz.

Tapi,rakyat perlu melihat dengan mata kepala yang jelas,apa sekadar tiada dompet ini sudah cukup layak untuk beliau mentadbir lagi negeri Kelantan ?? Apa sudah Nik Aziz buat kepada Kelantan selama lebih 20 tahun memerintah ??Walaupun dia seorang ulama tapi adakah dia seorang yang berkebolehan dan punyai idea-idea pembangunan yang baik untuk rakyat Kelantan ?? Adakah kesemua janji-janji pilihanraya yang ditabur oleh PAS selama ini ditunaikan ?? Apa cerita dengan Ladang Rakyat yang dicanang oleh PAS yang didakwa oleh peneroka diambil alih oleh kerajaan negeri ??Isu air Kelantan ??

Semua ini sebenarnya yang perlu dijawab oleh PAS dan bukannya PAS terus membodek Nik Aziz dengan berita-berita zuhudnya yang menjadi makanan oleh penyokong-penyokong PAS untuk dijadikan hujah kenapa perlu memilih PAS .Bukan semua ulama mampu memerintah ,ya benar jika kata ada ulama yang menjadi pemerintah tetapi tempat ulama itu lebih baik tempatnya disisi pemerintah dengan menasihati pemerintah dalam urusan negara.

Jadi,apa yang sebenarnya cuba ditonjolkan dengan berita Menteri Besar Kelantan tidak ada dompet ini ?? Patutlah baru-baru ini Harakah mendapat rating yang paling rendah diantara portal berita politik kerana sibuk menyiarkan kisah zuhudnya pemimpin PAS untuk tatapan rakyat padahal perkara sebenar berkenaan Nik Aziz PAS diamkan sahaja.

Indah khabar dari rupa ..zuhudnya 

4 comments:

  1. Salam, jangan menepuk air di dulang. Bacalah dulu apa makna zuhud.

    ABDUL MUTTALIB BIN MD DALI

    ReplyDelete
  2. haru

    akhirnya papagomo tergomo gomo bagai lipas lapar penampar..

    ReplyDelete
  3. Bodoh.. Kereta tue kereta kerajaan la. Tue la tak pernah join dengan orang kenamaan. Blogger nie kerja apa nie? Despatch kew? Sampai kereta kerajaan Menteri Besar pun tak tau..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.