SHAH ALAM - Tindakan mengeluarkan klip video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pas, "bermotifkan politik" dan tidak akan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat (PR) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, tegas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Sehubungan itu, Husam menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut. "Biar polis siasat. Kami sudah lali dengan perkara macam ini, kami tidak kisah," kata beliau dipetik Star Online.
Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula menyifatkan penyebaran klip video tersebut sebagai politik murahan khususnya ketika menjelang tarikh PRU13.
"Ia tindakan tidak bertamadun pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menggunakan tindakan sedemikian," katanya lagi.
Komentar KP: Haha..memang lah PR sudah lali sebab pemimpin mereka banyak main belakang,buat secara haram.Kata ahli parti Islam tapi buat maksiat pulak..nauzubillah..sebenarnya PAS tidak sedar ada tangan dalam PR terutamanya daripada PKR yang tidak puas hati dengan PAS yang mana akhirnya Mustapha Ali menjadi mangsa skandal video seks yang dikatakan didedahkan oleh ahli PKR sendiri.UMNO /BN sedikit pun tidak ada kena mengena dalam isu ini .
Politik murahan.
ReplyDeleteTian Chua pernah buat gambar Najib makan bersama dengan Athantuya.
Video pun boleh dibuat juga. Johari Abdul dah buktikan.
Tunggulah mereka akan keluarkan video orang BN pula. Tapi tak ada yang nak jadi pelakon.
Sudah lali dengan noda dan dosa?
ReplyDeleteSalahkan orang lain kerana membongkar penipuan?
Yang jahat itu dikatakan mangsa?
Hakikatnya bila terasa diri berkuasa, terasa kebal. Menjadi cuai, bingkak berkata pasti takkan tertangkap.
Sepandai pandai tupai melompat
You can fool some people sometime, but you can't fool everybody all the time.
ReplyDeleteInilah akibat menggunakan topeng konon memperjuangkan Islam. Masih nak menuduh fitnah lagi. Kalau dah terang-terangan pun masih nak berdalih lagi. Matlamat menghalalkan cara. Nanti carilah apa saja yang membolehkan benda ni halal pulak.
ReplyDeleteMinda yang terjajah tidak akan dapat berfikir secara rasional.
ReplyDeleteHusam kata mereka tak kisah isu video seks mustapha ali. Kami pengundi KISAH. Rakyat yang bermaruah memerlukan pemimpin yang bermaruah.
ReplyDelete