Pas akan membincangkan secara 'tertutup' isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi buat masa ini pihaknya mahu memberi tumpuan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kita anggap isu ini untuk alih perhatian, untuk menimbulkan fitnah, tak perlu nak bincang sangat sebab takut akan jadi budaya. "Kita akan bincang dan itu tindakan dalaman, setakat ini kita tak ada keputusan lagi.
"Kita akan bincangkan dalam parti sahaja, tak perlu dihebohkan kepada sesiapa termasuk media," kata beliau kepada media semalam. Barisan Nasional menyatakan tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan video seks agar mengundur diri daripada bertanding pada PRU13 tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk selesaikannya.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup
melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.-Utara News
Komentar KP : Harap PAS tidak main sembunyi tangan selepas menyiasat isu ini sedalam-dalamnya dan jangan bila akhirnya membuat kesimpulan semua ini kerja buat UMNO sedangkan telah dinafikan keterlibatan UMNO dalam penyebaran video ini. Jelas ,jika sesiapa daripada ahli dan pemimpin PAS lihat video ini akan tetap kata ini Mustafa Ali dan bukan orang lain lagi.
Siasat sepender Abg Mat Stopa sekali....Aritu xmandi lagi mesti lekat bertepek kat sepender tu....kuikuikuikui....
ReplyDelete