KOTA BHARU 9 April - Selepas menyatakan hasrat untuk bertanding sampai bila-bila walaupun berkerusi roda, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi beliau masih bernafas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tua yang nyanyuk sehingga mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara. Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap pasal politik.
"Dia tu, siapa dia ajar suruh berhenti. Dia bersara daripada Perdana Menteri tetapi dia merepek seluruh (kawasan) dalam politik, asyik kecek (cakap) politik, apa ini kerja orang tua nyanyuk.
"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
Dr. Mahathir ketika berucap di Johor Bharu baru-baru ini menasihatkan rakyat supaya menamatkan karier politik tiga pimpinan pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz.
Komentar KP : Salahkah Tun minta Nik Aziz bersara sampai Nik Aziz sanggup kata Tun orang tua nyanyuk ?? Beginikah perkataan yang sesuai keluar daripada mulut seorang ulama terhadap orang Islam ??Bukannya Tun mengeji Nik Aziz tetapi meminta dia bersara dan tidak bertanding lagi.
Betullah kata orang tua-tua,kalau seseorang itu sudah lama di tampuk kuasanya ,dia akan rasa selesa dan sayang nak tinggalkan kuasanya.Tabik kepada Tun kerana sanggup bersara ketika dipuncak kuasa dan sedar sampai bila mahu terus menjadi PM. Nik Aziz sepatutnya berundur dengan hormatnya sebelum ditamatkan karier politiknya dan menjadi seperti Tun yang kini masih disegani tidak kira kawan mahupun lawan.
Dalam sebuah hadith ,Rasulullah bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Moga-moga Nik Aziz diampunkan dosanya dan Allah memberi rahmat petunjuk sebenar kepadanya daripada terus mengeluarkan kata-kata mengeji,menghina,memaki dan fatwa-fatwa politik yang memecahbelahkan umat Melayu Islam
Orang gila tak akan sedar dia gila.. sama la dgn pak haji nik ni....semua org tau dia dah nyanyuk dan mabuk ubat tapi sbb dia ada pengaruh, PAS terpaksa simpan dia. Kalau tak rugi la pulak.
ReplyDeletebetul kau ckp die gila xsedar diri...nyayuk sbb mabuk ubat..hihihii..tapi aku ase kau yg muda dn xsedar diri..byk telan pil kuda..nyanyuk die pn hafal Quran dn hadis..yg kau tu rase2 3 Qul pn xhafal..jd aku nasihatkn kt kau..g basuh kaki..amik wuduk dn tido je k..
DeleteJoke of the year.
ReplyDeleteCukup-cukup le Nik Aziz. Berhenti bila tengah sedap makan, baru le sihat. Kalau dah blotted perut kekenyangan baru nak berhenti, ni keja tak sihat.
Fikir-fikirkan lah. Tepuk dada tanya iman.