Sunday, April 28, 2013

PANAS !! Anwar Terima Tamparan Hebat Di Permatang Pauh,1200 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti ,Nyatakan Sokongan Kepada BN #TolakAnwar





Anwar dan Guan Eng menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian 5hb bila 1200 ahli PKR mengumumkan keluar parti yang diadakan di Safira Club, Seberang Jaya.

 Program anjuran Sdr Ponnusamy iaitu Bekas pembantu khas Anwar Ibrahim . Mereka menyatakan sokongan penuh kepada BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak di PRU13.

Beliau yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka kecewa dengan sikap pemimpin parti itu terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak menjaga kepentingan masyarakat India di negeri ini dan di Permatang Pauh khasnya. 

Malah katanya, akan ada lagi kumpulan masyarakat India dari seluruh negeri ini akan bertindak keluar parti berkenaan atas sebab yang sama.

 Mereka meyerahkan borang pengisytiharan keluar PKR turut diserahkan kepada calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail sebagai simbolik bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

2 comments:

  1. masa anwar first kena tangkap aku pergi ke masjid negara memang kesian sgt kat dia masa tu tapi setelah beberapa lama aku dah mula tahu siapa anwar sebenarnya... bukan kes liwat dia yang aku kesah tapi dia ni jenis manusia Jahat + Cerdik itulah yang paling bahaya, sampai banyak ustaz dan ulama pun kena shadow dengan dia... tapi itulah kenyataan jgn terkejut anwar akan jatuh ditimpa plot jahat yang diciptakan sendiri... sampai satu hari jika benar2 dia di fitnah org akan mengatakan ia benar...

    ReplyDelete
  2. ANWAR PASTI TUMBANG KALI INI..!!!!!!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.