Thursday, April 18, 2013

PANAS!! Dr Asri Pelawa Anwar Ibrahim Dialog Dengan Calon BN Permatang Pauh,Dr Mazlan Sudah Setuju ,Anwar Masih Bisu ,Takut Ke ??




Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.

 Namun rakyat bukan bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.

 Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.

 Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu. Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.

 "Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau. "Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi.

Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya sebelum ini.

 Terbaru, mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah mempelawa Anwar untuk berdebat secara terbuka dengan pencabarnya di kerusi Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

 Menurut tweet Dr Asri cabaran debat tersebut bagi membicarakan mengenai isu di kawasan yang dikatakan kubu kuat Anwar itu.

Namun malangnya sehingga kini masih tiada jawapan yang diberikan oleh Anwar walaupun menurut Dr Maza wakil BN, Dr Mazlan telahpun menyatakan kesudiannya untuk berdebat.

 Persoalannya beranikah Anwar menyahut cabaran tersebut atau seperti kebiasaannya memberikan seribu satu alasan sebagi helah melepaskan diri.

Sumber :http://tunfaisal.blogspot.com/

6 comments:

  1. Anwar perlu berdialog, mungkin ini peluang terakhir.

    ReplyDelete
  2. nak tanya sikit je .... PEHAL MAZA PLAK YG SIBUK2??? SORRYLAH ONCE LALANG, u are FOREVER LALANG !! UNRELIABLE WITNESS IF U WERE TO TESTIFY !!!

    ReplyDelete
  3. KETUA PEMBANGKANG KENA BERDEBAT DGN KETUA KERAJAAN BARU BETUL, YANG LAIN KALU, BUANG MASA NAK LAYAN CICAK MENGKARUNG.DSAI PI CERAMAH TEMPAT LAIN LAGI BERFAEDAH......TIME FACTOR.

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz, Saya mengidam nak tengok Debat Anuar dengan Najib.

    ReplyDelete
  5. Mana lebih penting? Berdebat atau mengotakan janji-janji. Asyik berdebat satu apa pun tak menjadi.

    ReplyDelete
  6. Salam semua rasanya tak perlu debat bukan nak menyokong sesiapa debat ni cuma menujukan individu yang pandai berhujah je bukan membuktikan individu yangboleh melaksankan tugas dengan baik lumrahnya kebanyakan orang yang pandai bercakap tidak cekap dalam menjalankan tugas hakikat yang tidak boleh di nafikan yang hendak dilihat berdebat tu cuma manusia biasa makamnya yang masing masing ada kelemahanya bukannya nabi yang hendak kita serahkan ketaatan sepenuhnya kepada mereka kita nilailah dari kejayaan mereka yang membawa kemakmuran semua tolaklah mereka yang membawa keruntuhan rasanya jelas suapa siapa mereka itu pilihlah dengan bijak

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.