Monday, April 22, 2013

PANAS !! Hj Hadi Tetap Dengan Keputusan Letak Calon PAS Di Kawasan PKR Kerana Ada Calon PKR Jual Pil Kuda Dan Julang Ideologi Komunis




Ada orang kata, ini nak ambil berita, bolehlah. Bagaimana nak memerintah negara bila PAS berlawan dengan PKR. PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap. PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari Umno menang tak bertanding - hak jual calon ini berlaku - bila PAS masuk baru dia masuk - itu ceritanya.

 Ada calon-calon yang kita khuatir - tak perlu kita sebut - tukang edar pil kuda - nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima. Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP - tak kerjasama dengan parti Stalin - parti Lenin (Karl Marx) - gambar Karl Marx duduk dalam markas - nak suruh orang PAS kerja - macam mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis diharam di Malaysia.

Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR - tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR.

 Itu penjelasan saya - boleh masuk surat khabar besok supaya mereka yang tak faham masalah ini boleh faham. Mengapa kita bertindak - kita tak ada masalah kerjasama dengan DAP, kerjasama dengan PKR yang sepenuhnya PKR, yang sepenuhnya DAP, tetapi hak mari kaki-kaki haru ini jadi calon - ini PAS tak boleh terima.

Kita mahu kerajaan yang kuat - kerajaan yang boleh memerintah yang dijanji dalam buku Jingga. 

Kenyataan Daripada:
Presiden PAS
Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang

Komentar KP: Siapakah agaknya calon-calon PKR yang dimaksud Hj Hadi ??Disini KP senaraikan calon-calon PKR yang bertanding di 7 kawasan yang sama dengan PAS

Berikut adalah senarai pertembungan calon PAS dengan calon PKR

-Di Damansara calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan. Kerusi ini sebelum ini adalah milik Dr Mohd Nasir dari PCM yang bertanding atas PKR.

-Di kerusi Bukit Besi (Terengganu) pula, Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud.

- Kerusi Kota Putra, calon PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa.

- Manakala di Seberang Takir calon PAS Zakaria Dagang dan calon PKR Ahmad Nazri Mohd Yusuf menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman.

- Manakala di kerusi Sungai Aceh, (Pulau Pinang) pula, calon PKR Badrul Hisham Shahrin(Chegu Bard) dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah menentang calon UBN Muhammad Zakaria.

- Di kerusi Panti calon PAS Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon UBN Baderi Basuki.

- Di Labuan pula calon PAS, Hadnan Muhammad dan calon PKR Ibrahim Manuddin menentang calon UBN Rozman Isli.

Jadi,yang mana agaknya yang gerangan manusia calon PKR yang dimaksudkan oleh Hj Hadi ??Adakah semua mereka ataupun sekadar 2 3 calon sahaja ??Pasti tergamam Anwar melihat kenyataan menghina ini kepada PKR kerana Anwar memilih calon tangkap muat mewakili PKR.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.