Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.
Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.
Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara.
" Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.
Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."
Komentar KP : Tidak beradab sungguh manusia sebegini,dengan nama Rasulullah S.A.W pun dia sanggup guna untuk burukkan UMNO sedangkan semua kita sedia maklum akan keperibadian Baginda Nabi yang sangat luhur budi pekertinya sehinggakan agama Islam yang dibawa Baginda tersebar luas ke serata dunia.
Bak kata pepatah" Bagaimana acuan begitulah kuihnya",Nik Aziz dahulu pernah mengatakan Nabi Muhammad hanya menjadi Nabi ketika Baginda berusia 40 tahun dan sebelum itu Nabi serupa seperti mamat-mamat di kampung.Ini satu penghinaan jelas dan terang.Sedangkan jika dirujuk kepada kitab-kitab thurath lama yang ditulis oleh ulama-ulama silam, misalnya dalam kitab "Risalah Sabilil Iddikar Wal Iktibar" karangan Al Imam Habib Abdullah Alawi Al Haddad, di dalam sebuat atsar menyebutkan bahawa Nabi Muhammad telah disebut menjadi Nabi ketika Nabi Adam diciptakan diantara air dan tanah dan diantara roh dan jasad.Kemudian Baginda berada dalam sulbi Nabi Nuh a.s ketika beliau menyelamatkan diri dari tenggelam oleh bah besar dan begitu pula Baginda Rasulullah berada dalam sulbi Nabi Ibrahim ketika beliau dilempar ke dalam api oleh Namrud.(Rujuk terjemahan bahasa Melayu kitab diatas yang berjudul "Peringatan Tentang Umur Insan" M.S 18 )
Kini penghinaan sebegini diteruskan lagi oleh pemimpin PAS dan apa ertinya PAS membawa perjuangan islam jika Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri diumpamakan sebegini rupanya.Jahat sangatkah UMNO sehinggakan tergamak membuat provokasi melampau seperti ini ?Wajarkah Nabi Muhammad menerima penghinaan sebegini oleh pemimpin kononnya daripada sebuah parti Islam?? Apa jenis Islam yang diperjuangkan PAS jika ada pemimpin mereka sendiri menghina kepada Nabi ??
KP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada manusia yang busuk hati seperti ini agar ia menjadi pengajaran buat orang lain bahawa Nabi itu manusia biasa yang luar biasa.Tidak sama Baginda dengan mamat-mamat di kampung yang disebut oleh Nik Aziz.Sekali manusia itu menghina Nabi,sampai mati pun akan orang ingat perbuatan kejinya itu.Usahlah mengatakan ini semua konspirasi UMNO jika diri sendiri yang taip penghinaan sebegini.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.