Friday, April 5, 2013

PANAS!! Rasulullah Sendiri Tidak Boleh Tentukan Dosa Pahala,Apa Hebatnya Nik Aziz Sampai Boleh Tentukan Pahala Solat Orang UMNO ??


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

 Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah.

 Justeru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

 "Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak Islam.

 Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?

 "Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

 "Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa. "Dan, selepas ini pasti akan banyak lagi akan keluar bukan hanya setakat sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh di sini malam tadi.

Kira-kira 5,000 orang menghadiri ceramah berkenaan yang turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Semalam, semasa menyampaikan ceramah di Padang Jambu di sini Nik Aziz telah mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

 Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan. Pada 17 November tahun lalu, pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

 Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. Tambah, Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam.

 Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh Pas, malah Pas boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya.

 "Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara muklak," katanya. - UTUSAN ONLINE

Video dibawah merupakan kata-kata Nik Aziz pada tahun lepas dimana beliau sendiri menyebutkan sembahyang orang UMNO tak ada pahala...jadi ini bukan pertama kali Nik Aziz menyebutkan perkara tersebut dan jangan kata Utusan Malaysia putarbelit pulak sebab video ini jelas menjadi bukti kata-kata beliau.Ingatlah semua,ittiqad aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah bahawa yang menentukan pahala dosa ini semuanya Allah S.W.T ,bukannya kerja manusia.

Kerja hukum menghukum dengan menjadi agama sebagai alat ini sebenarnya sudah lama bermula yakni sejak timbul puak-puak khwarij yang mengkafirkan orang yang tidak sekumpulan dengan mereka dan menggunakan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

[Petikan daripada blog Minda Tajdid]
Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka: 

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari). 

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka. 

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan. Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang.

 Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

3 comments:

  1. Nik Aziz sudah tenggelam lemas dalam lubuk KUASA...

    ReplyDelete
  2. Toksah marahlah pada dia. Dia hanya tuhan agama Pas. Dia menentukan pahala dosa orang Pas saja. Bukan Islam agama yang sebenar. Sebab tu pada dia kalau tak masuk pas dia tak bolehla bagi pahala.

    ReplyDelete
  3. yang semayang tak dapat fahala tu termashok oreng malayiu yang ikut beribadat di kuil batu kave pada ari poshom ada apa itu swami ada semayang sama pooja itu time tarak bulan cakap amavasa, ini macam bikin tarak fahala bro

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.