Saturday, April 20, 2013

PANAS !! Video Khalid Samad Meroyan Kerana Tiada Sorakan Ketika Namanya Diumumkan Di Penamaan Calon #PRU-13



Semenjak Zul Nordin diumumkan sebagai calon Parlimen Shah Alam mewakili BN , Khalid Samad menjadi bagaikan tak keruan.

 Setiap hari kalau dia tak sebut nama Zul Nordin 10 kali di twitter nya tak sah. Pagi tadi sekali lagi dia jadi gila di pusat penamaan calon Shah Alam. Pusat penamaan calon bagi Parlimen Shah Alam dan dua Dun dalam parlimen berkenaan diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.

 Atas faktor keselamatan pihak SPR telah mengasingkan tempat berkumpul penyokong parti-parti yang bertanding dengan jarak 50 meter. Penyokong BN disebelah kanan dewan dan penyokong pak-khatan rakyat di sebelah kiri. Peringkat awal semuanya ok dan tidak ada mana-mana pihak yang membuat bantahan.

 Namun apabila tiba masa pengumuman nama-nama calon bertanding Khalid Samad menimbulkan masalah. Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan nama berdasarkan siapa yang kemukakan borang pencalonan terlebih dahulu. Nama calon BN, Zul Nordin diumumkan dan disambut dengan sorakan meriah oleh penyokong-penyokong BN.

 Apabila nama Khalid Samad diumumkan , tiada sebarang sorakan oleh penyokong mereka. Khalid Samad berang dan memarahi Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana tiada sorak sarai yang kedengaran apabila namanya diumum . Dia kata penyokongnya ditempatkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan.

 Datuk Bandar Shah Alam menjelaskan bahawa jarak tempat penyokong diletakkan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Khalid Samad menuntut supaya penyokong-penyokongnya dibenarkan ke depan dewan.

Datuk Bandar berkata, jika itu yang dituntutnya maka beliau terpaksa mengadakan mesyuarat dengan polis dan beberapa agensi lain terlebih dahulu dan ianya memakan masa. Khalid berkeras untuk keluar dari pagar dan hendak panggil penyokongnya ke depan dewan.

Datuk Bandar melarangya , namun dia tidak hiraukannya. Akhirnya ada penyokong PKR yang menasihatinya supaya jangan keluar. Pembesar suara dihalakan kepada penyokong-penyokong mereka supaya mereka dapat mendengar dengan jelas nama-nama yang diumumkan. Khalid menuntut Pegawai Pengurus Pilihanraya mengulang pengumuman namanya.

 Apabila diulang sekali lagi, pun tiada sorak sarai yang kedengaran. Merah padam muka dia. Yang peliknya apabila nama dua calon PKR yang bertanding kerusi Dun diumumkan penyokong-penyokong mereka bersorak. Lagilah merah padam muka Khalid. Akhirnya dia melakonkan watak poyo dengan melambai-lambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya.

 Ternyata manusia yang bernama Khalid Samad itu gila glamor. Sepanjang hidup saya tidak pernah lagi saya lihat orang yang mengamuk apabila tidak ada orang yang bersorak terhadapnya.

Gila beb.... Tanda-tanda kehancuran Khalid Samad di Shah Alam telah kelihatan.-RBF Online

3 comments:

  1. hahahaha di ambang kekalahan dan keMAMPOSAN khalid samad gereja celaka al musuh islami !!!

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat org pkr pun tak terima dia. Heh heh heh...

    ReplyDelete
  3. Liabiliti PR,kalah dgn majoriti yg besar hendaknya....kalah wang pertaruhan lagi bagus.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.