KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.
Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
"InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu."
"Kerana UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.
Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut. Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR.
"Walaupun kita berbeza ideologi. Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.
Komentar KP:Selepas anak didik Hj Hadi cuba burukkan UMNO dengan menggunakan nama Baginda Nabi Muhammad S.A.W,kini Hj Hadi sendiri menggunakan rentak yang sama dengan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO minta nasihat bomoh untuk menetapkan tarikh PRU-13.Agaknya Hj Hadi silap makan ubat kot sampai terkeluar kenyataan sedemikian tanpa sedar . Adakah Hj Hadi sekadar melempar benih fitnah untuk dimainkan oleh macai-macai pembangkang yang sudah ketandusan isu ??Lihatah betapa terdesaknya politik ala PAS yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.dengan menyebar dan menyuburkan fitnah dalam mensyarakat supaya rakyat terus dibodohkan dengan kenyataan fitnah sebegini.Tanpa ada bukti terus campak fitnah itu ditengah-tengah kelompok rakyat,yang ada bukti video tak nak percaya pulak,buat alasan bahawa video itu besi..
Ini kah seorang pemimpin & pejuang parti Islam yang dengan mudah dan sengaja mengada-adakan fitnah dan tuduhan palsu? Semoga Allah matikan terus politik pemimpin ini agar tiada lagi fitnah kerana politik.
ReplyDeleteIni bukan ulamak cakap macam ni...Penuh dengan ego
ReplyDelete