Penyandang kerusi parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff mungkin mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas selepas digugurkan dari senarai PKR. Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menamakan Muhd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR untuk kerusi tersebut dan tidak mengumumkan sama ada Yusmadi akan bertanding sekali lagi.
Yusmadi dalam ucapannya kepada sekumpulan penyokong pada malam tadi berkata lambang parti yang akan digunakannya itu masih tidak dapat dipastikan, dan beliau akan meminta pendapat warga Balik Pulau sekiranya akan benar-benar bertindak demikian. Beliau akan membuat keputusan selewat-lewatnya pada 19 April, sehari sebelum tarikh penamaan calon.
“Mereka juga bertanya kepada saya bagaimana mereka dapat bincang dengan pemimpin tertinggi parti untuk menyatakan pandangan mereka," katanya. Selain para penyokongnya, turut hadir di kalangan 300 orang itu ialah anggota PKR, sekumpulan lelaki dengan baju Pekida, Umno, Gerakan dan Parti Rakyat Malaysia-UtaraNews
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.