KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.
Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.
Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.
“Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.
“Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.
Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.
Komentar KP : Kesediaaan Dato' Ahmad Yaakob untuk mengiktiraf dan menyambut baik kabinet baru yang dibentuk oleh Najib ini membuktikan bahawa beliau mahu membawa perubahan besar dalam pentadbiran kelantan kepada yang lebih baik dengan memulakan kembali hubungan baik dengan kerajaan pusat.Jika sebelum ini,jarang kita dengar ada MB daripada negeri pembangkang memuji sebarang usaha daripada kerajaan persekutuan.Sikap sebegini perlulah ada pada setiap pemimpin kita jika mahu melihat kemajuan negara dengan tidak menyempitkannnya dalam kerangka politik kepartian tetapi lebih luas daripada itu .
lepasni U turn, tunguuuuuuuuuuu
ReplyDeletejangan tolong kerajaan hamPAS ni bior mengelupor minta bantuan kat persekutuan baru tau kenang budi betol tak?
ReplyDeletePada aku kenyataan inilah yang terbaik keluar dari mulut pemimpin PAS selama ini. Alhamdullillah sejuk aku bila baca ini tapi aku harap kenyataan ini Ikhlas dari hati seorang pemimpin Islam. Kita doakan kerjasama ini mendapat keberkatan Allah.
ReplyDeleteSaya sokong komentar KP tu. Saya yakin sudah ada angin perubahan dikalangan PAS Kelantan semenjak nik ajis diketepikan. Dan saya amat yakin bahawa bibit2 penyatuan diantara UMNO dgn PAS sudah bermula. Saya, dan mungkin ramai lagi diantara kita orang islam berdoa semoga hasrat bersatu nya orang melayu islam akan tercapai.
ReplyDeletekennyataan itu semacam terlalu manis untuk ditelan. Semuanya beralaskan perlembagaan. Bagi sy ore kelantan, it something wrong somewhere. Tapi mcm anon 12.40 kata, wait and see.
ReplyDeletealhamdulillah..ni la yg kt nk kn..perubahan positif dalam kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan..mudah2an berpanjangan..kalau ada perselisihan pendapat sekali pun,lakukan perbincangan secara berhikmah..kepada para pemimpin terutamanya yang beragama Islam,ingtlah bahawa anda semua telah diberikan amanah bukan sahaja dari rakyat,malah dari Allah s.w.t..memerintahla dengan ikhlas..semoga Allah s.w.t. limpahkan ganjaran dan rahmat berlimpah kali ganda..
ReplyDelete