Saturday, May 11, 2013

Najib Lawat Ustaz Azizan Razak Di Hospital P.Pinang


"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung. Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini. Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

 "Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

 Najib berkata, bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.

 Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah yang baharu.

2 comments:

  1. Antara hak sesama Muslim, bila sakit diziarahi. Mk DSN, Tun M, Dato' Mukhriz telah menunaikannya. Mk telah beramallah mrk dgn satu sunnah dr Sunnah Rasullullah saw. Dosa pahala, Allah swt lah yg menentukannya.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.