Tuesday, June 4, 2013

PANAS !! Melissa Gooi Ditahan Polis Atas Tindakan Menghina Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan pihak berkuasa hari ini. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam kenyataan di sini berkata wanita itu ditahan untuk membantu siasatan.

 SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia mengesan dan menahan wanita itu hasil siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai, kata kenyataan itu.

 "Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog mendedahkan identitinya," kata suruhanjaya itu. SKMM itu turut meminta rakan-rakan wanita itu untuk tampil membantu siasatan.

 Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

 Suruhanjaya itu menegaskan ia memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi Diraja Malaysia. 

Beberapa laporan polis telah dibuat selepas komen-komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar dalam laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena Hari Keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

2 comments:

  1. lucut terus kerakyatan..jangan kasi peluang..moga yang lain ambil pengajaran..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.