Dalam maklum balasnya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.
"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.
Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.
Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.
Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.
Komentar KP : Mungkin keletihan dan kelaparan kerana seharian berpuasa membuatkan Mahfuz gagal menjawab soalan mudah daripada Utusan Malaysia.Dikatakannya Syiah itu kuih berbuka puasa ?? Adakah Mahfuz nak lari atau mengelak daripada menjawab persoalan Syiah yang mana dikaitkan dengan 2 pemimpin tertinggi di dalam sebuah parti politik ?? Ye lah ketika semua orang sibuk memperkata tentang bahaya fahaman Syiah boleh pulak Naib Presiden PAS cuba buat lawak Mr. Bean dengan kata Syiah itu benda apa. Alahai pemimpin PAS...
Dan namapun Mahfuz 'Bean', jawapan pun berbelitlah macam Mr. Bean.......
ReplyDeleteMasa Mahfuz ambil SRP dulu mana ada soalan mcm ni?
ReplyDelete