Tuesday, July 23, 2013

Ameno World Tak Tahu Beza Antara Jamban/Tandas Dengan Bilik Persalinan


Kecoh sejak tengahari tadi apabila gambar ini mula tersebar.Cerita dia macam ni Sekolah Kebangsaan Seri Pristina Sungai Buloh di laporkan telah mengarahkan murid-murid bukan Islam yang majoriti berketurunan India makan di dalam bilik persalinan dalam bulan puasa.

 Jadi mungkin kerana tak ada tempat yang bersesuaian maka bilik persalinan atau tandas di gunakan. Berikut merupakan pembetulan fakta merujuk kepada isu di atas..

 Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial. Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi. "Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah.

Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya. "Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca.

Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas?

Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu? Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya. Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

 Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

 Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini. Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.- Blog Mazidul 

Agaknya Ameno World masih keliru dengan istilah Jamban/tandas dengan bilik persalinan,Mungkin Dr. Rani boleh tunjuk yang mana satu jamban ??

3 comments:

  1. tak kisahlah...kan lebih baik bagi dorang makan kat uat sumber ke ato bilik lain ke ato biar jelah makan secara bebas...yg puasa silakan berpuasa tak paayah kecoh nak tersnetap sensitif...memang itu tanggungjawab korang...mana boleh nak salahkan yg bukan islam..nilah masalahnya menteliti melayu..buat kerje tak fikir btol2x...ko katalah apepun bilik persalinan ke tandas ke...lebih kurang je...kalao aku ibu bapa budak2x none muslim ni pun aku tersinggung...anak aku kat australia dorang bagi bilik guru lagi bile dia makan sebab kantin jual bende tak halal...kang aku yakin ade yg komen balas kata aku pencacai pkrlah..anjing daplah..melayu yahudilah..tolong..tolong fikir dgn akal yg allah bagi..sedihnya melayu

    ReplyDelete
  2. anak sy ada 4 orang belajar kat situ.. Jangan kan makan .. solat pun sy izinkan kalau perlu...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.