Dalam satu kenyatan media, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Pergerakan Pemuda Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia perlu menjelaskan keikhlasan mereka menentang komunisisme.
Lim merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Menurut beliau, "The New Village" secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.
Lim juga membidas Umno dan Utusan Malaysia yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.
Katanya, kedua-dua entiti berkenaan juga tidak pernah membidas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor kerana menandatangani perjanjian perdamaian bagi pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaysa pada 2 Disember 1989.
“Jika mereka begitu bimbang dengan pihak komunis yang bersembunyi di bawah katil kita, maka mereka tidak perlu pergi jauh. Hanya tumpukan perhatian kepada Khairy dan Pemuda BN kerana membentuk hubungan langsung dengan CYL," kata Lim.
‘The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis dan memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka-MPP
Komentar KP : Guan Eng tampak meroyan apabila filem yang diharapkannya untuk menaikkan imej komunisme disekat oleh kerajaan.Dia memperoalkannya kononnya Pemuda UMNO tidak ikhlas menentang komunisme padahal dia cuba kalih isu untuk menyalahkan UMNO kerana menjalinkan hubungan dengan negara-negara komunis sedangkan semua orang tahu ianya hanya sekadar hubungan diplomatik dan perdagangan antara negara.
Alasan pendek akal Guan Eng sebenarnya cuba hendak menutup pekung filem berkenaan yang sebenarnya telah banyak memutarbelitkan fakta berkenaan komunis dan mengangkat komunis sebagai sebuah entiti pejuang negara

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.