Friday, July 26, 2013

PANAS !! Iklan Gambar Separuh Lucah dan Seksi Dipapar Secara Terbuka Untuk Tatapan Rakyat P.Pinang


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Khamis menggesa kerajaan mengharamkan iklan yang mempamerkan gambar wanita seksi atau lebih dikenali sebagai ‘Hot-Girls’ di papan-papan iklan di pusat bandar ini.

 Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata sejak kebelakangan ini banyak papan iklan elektronik menggunakan gambar wanita seksi dalam aksi yang menghairahkan untuk menarik pengunjung ke pusat-pusat hiburan. 


“Kelab-kelab malam terutamanya di Lebuh Union mempamerkan gambar-gambar wanita yang dalam aksi menghairahkan adalah sesuatu yang tidak sesuai di negara ini dan melanggar Garis Panduan Penerbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNPP),” katanya.

 Mohamed Idris berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kelab-kelab malam yang menggunakan iklan berkenaan. Sementara itu,Salleh Man selaku Pesuruhjaya PAS P.Pinang dilihat mengambil langkah berdiam diri dalam isu ini,Hal ini sudah dibangkitkan sebanyak dua kali sebelum ini.

Adakah suara PAS selaku rakan kepada kerajaan DAP yang mencanangkan mereka sebagai arif dalam agama Islam tidak mampu berbuat apa-apa?

Hal ini membuktikan hak bersuara Melayu khususnya yang beragama Islam di P.Pinang semakin lenyap ditelan kuasa DAP.

Komentar KP : Apa sudah jadi agaknya di P.Pinang ini ?? Gambar-gambar separuh lucah seperti ini dipaparkan di skrin-skrin besar sekitar jalan-jalan besar di P.Pinang.Mana penguatkuasaan oleh pihak berkuasa yg bertanggungjawab ?? Mana perginya Exco Hal Ehwal Islam  dan YB Salleh Man ?? 

3 comments:

  1. Pulau Pinang bakal di istiyharkan negeri kristian yang menyokong dasar-dasar liberalisme disamping memperjuangkan LGBT. Mana perginya Ketua Menteri yang bernama "Umar Al-Khattab" itu

    ReplyDelete
  2. nanti Lustad cakap, umat islam yang tengok gambar tu boleh dapat pahala, sebab tengok orang makan pun dapat pahala, ha ha ha, paham2 je siapa kan.....

    ReplyDelete
  3. Semakin banyak maksiat berleluasa, semakin banyak bencana akan timpa ke atas Pulau Pinang.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.