Monday, August 12, 2013

PANAS !! Lagi Provokasi Melampau Terhadap Kesucian Islam,Surau Jadi Tempat Pemujaan Agama Buddha


SENAI - Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam. Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat.

 Terbaru, seorang pembaca Sinar Harian menerusi layangan e-mel menghantar gambar dan video berdurasi 45 saat yang menayangkan tindakan sekumpulan penganut agama bukan Islam menggunakan surau terletak berhampiran salah sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, untuk beribadat.

Dalam gambar dan video tersebut, kumpulan terbabit yang keseluruhannya memakai pakaian berwarna putih ditemani seorang sami seakan berdoa ke arah tempat ibadat mereka yang diletakkan di mimbar surau.

 Rata-rata pengunjung khususnya beragama Islam yang berada di lokasi terbabit bukan sahaja terkejut malah rasa terguris dengan tindakan dan perbuatan kumpulan berkenaan. Pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Fawwaz, 41, mengakui terkejut dengan kelakuan selamba kumpulan itu menggunakan surau untuk upacara agama mereka.

 “Ketika bersiar-siar bersama keluarga di lokasi berkenaan sekitar jam 2.30 petang, saya terkejut apabila kedengaran bunyi loceng dari arah surau tersebut. “Apabila ditinjau, saya bersama beberapa individu lain terkedu melihat surau yang juga tempat beribadat umat Islam diperlakukan sebegitu rupa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abu Fawwaz berkata, situasi menjadi kurang selesa apabila kumpulan penganut terbabit seperti membacakan doa menghadap tempat sembahyang yang diletakkan berdekatan mimbar. Kemarahan mereka memuncak kerana tempat sembahyang itu diletakkan pada mimbar yang menghadap kiblat dan lebih menyedihkan apabila di atas bangunan di dalam surau tertera kalimah suci.

“Kira-kira jam 3 petang, sekumpulan individu dipercayai orang kampung datang ke lokasi. Saya segera menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini,” katanya. Katanya lagi, kumpulan penganut terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi, namun dipercayai sudah dua hari menggunakan surau itu untuk beribadat.

Menurutnya, dia ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili berhubung perkara ini dan berharap akan ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang.

“Secara jujurnya, saya berasa perbuatan kumpulan penganut ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka (bukan Islam) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam,” katanya.

Komentar KP : KP masih teringat akan kisah Sayyiduna Umar Al Khattab yang mana ketika beliau masuk ke kota Al Quds dan masuk ke sebuah gereja di situ.Ketika masuknya waktu solat asar,Sayyiduna Umar memberitahu Paderi Gereja tersebut bahawa beliau mahu solat dan paderi itu berkata solat sahajalah di sini yakni di dalam gereja tersebut. Tetapi Sayyiduna Umar menolak dengan baik permintaan paderi tersebut dan beliau bersolat diluar gereja terbabit.

Ketika ditanya kenapa beliau melakukan sedemikian,beliau berkata:

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya". 

Indahnya akhlak seorang sahabah Rasulullah SAW ,mereka menghormati tempat ibadat  agama lain,tetapi hari ini surau yang menjadi tempat pengibadatan umat Islam dinodai dengan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.Sampai bila kita mahu bersabar dengan sikap tidak sensitifnya agama lain terhadap Islam.Pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini dari terus dicemari dengan perbuatan syirik terhadap Allah   


1 comment:

  1. Inilah PLURALISME UGAMA yang DIPERJUANGKAN oleh ANWAR IBRAHM DAN KELUARGA DAN GENG2 MEREKA.

    TANHIAH pada semua orang Islam yang masih memberi muka dan menyokong golongan sesat ini.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.