Thursday, August 22, 2013

PANAS!! Pemuda PAS Ambil Kesempatan Kutip Derma Di Konsert Metallica ?? #PASForAll


[Kenyataan Pemuda PAS terhadap Konsert Metallica Di Malaysia]

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah penganjuran konsert kumpulan trash metal lagenda dari Amerika Syarikat, Metallica di Stadium Merdeka, hari ini. Bagi DPPM, penganjuran konsert kumpulan rock Metallica tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.

 “Bantahan ini bukan bermakna DPPM menghalang hiburan. DPPM menyokong hiburan namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat di negara ini,” kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata, budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. “Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?

“Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini?” tanya beliau. Sebaiknya, kata beliau kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu.

Menurutnya, penganjuran sesuatu program hiburan bukan hanya memandang kepada tarikh-tarikh tertentu seperti bersamaan dengan tarikh kebesaran Islam.

 Malah, ujarnya artis yang ingin diundang juga perlu dinilai sejauh pada latar belakang mereka, lagu-lagu serta konsep lagu yang mereka bawa serta adakah mereka mampu menjadi ikon yang boleh dicontohi pada masyarakat.

Selain itu, ujarnya sejauh mana artis yang diundang mampu mencerminkan budaya positif dan moral yang baik kepada masyarakat.

TAPI SEBALIKNYA !!!

BACA DISINI [Klik Sini]

Hairan KP dengan PAS nie,dulu beria-ia bagai nak rak bantah konsert metallica,tapi diorang pulak ambil kesempatan kutip derma di konsert metallica..haha..memang parti tabung duit betul la..letaklah atas nama Tabung Kemanusiaan Mesir,Syria dan macam-macam lagi bantuan tapi sesuai ka agaknya nak kutip derma kemanusiaan di konsert rock metal macam tue ??Niat tue dah elok,tapi cara tue tak kena ditambah sebelum ini Pemuda PAS bantah Konsert Metallica di Malaysia.

Kononnya nak bagi kesedaran tentang isu Mesir yang sedang bergolak ketika ini,hmmm...entah baca ke tidak mat-mat rock yang dapat risalah tue.. Pemuda PAS pun duk buat konsert metallica tue macam tapak ceramah diorang sambil edar risalah itu dan ini.Agaknya mesti menyampah mat-mat rock tengok aktivis parti politik datang buat semak kat konsert idola diorang sambil duk jaja risalah derma dan sebagainya.

2 comments:

  1. Nak pungut duit konsert anto Mesir ke? Tok sah le! Bia orang Muslim mati ramai - ramai nanti bila berlaku di Malaya senang, dah biasa Muslimin berperang dengan sekular.
    simpann banyak - banyak bayo ADUN dan MP PAS yang `peruntukkan kawasan' merka disonglap oleh GOM Najib!
    Allocation diberi kepada yang tidak dilantik - undi, mentality Firaun Melayu UMNO yang kian Pupus.
    Tunggu Oktober 19, lihat geng -geng UMNO berentap dan berantakan!
    Semoga UMNO terkubur, amiin!

    ReplyDelete
  2. ko ni..mana gambar nyer..atau ko main fitnah jer..cuba tunjuk bukti..tak kan ko tak snap gambar diorang kutip derma... ko agak agak la wei... kalau tak betul jadi fitnah..fitnah tu dosa besar beb...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.