Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa tergesa-gesa memilih tarikh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini kerana takut berhadapan dengan 'penggulingan kuasa' Dinasti Lim.
Ini berikutan kehadiran 17 ahli DAP yang telah disingkir kerana bertanding secara Bebas atau menolak cara pemerintahan anak beranak, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Ta mendakwa, beberapa ahli yang telah dibuang oleh DAP kerana bertindak menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkemungkinan akan bertanding sebagai calon CEC kali ini.
"Berita ini sudah tentunya menyebabkan Guan Eng tidak senang duduk, mereka yang menentang kumpulannya telah disingkir, bayangkan jika mereka bertanding bagi jawatan tertinggi parti.
Kelmarin, Pendaftar Pertubuhan (ROS) membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula CEC parti itu pada bulan ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.
Dalam pada itu, Tuan Tat turut menyoal tindakan tergesa-gesa Guan Eng untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh sebulan memandangkan sebelum ini kepimpinan tertinggi enggan akur dengan arahan ROS dan akar umbi parti itu. Jelasnya, secara drastik keputusan untuk mengadakan semula pemilihan CEC diambil dan tarikhnya pula bercanggah dengan perlembagaan parti.
"Sudah termaktub dalam perlembagaan parti di bawah artikel 6 klausa 8 yang menetapkan 10 minggu notis sebelum pemilihan. Adakah Guan Eng tidak sedar dengan perkara ini? "Saya hairan dengan sikap Guan Eng yang sebelum ini begitu degil untuk mengadakan pemilihan semula walaupun mengakui dengan mulutnya sendiri terdapat kesilapan dalam pengiraan undi. Guan Eng dan bapanya, Kit Siang juga enggan mendengar sebarang keluhan dari peringkat akar umbi,'' ujarnya.
Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga pada awalnya telah membayangkan pemilihan semula hanya boleh diadakan sekitar bulan November dan Disember.
''Jadi mengapa tukar semuanya? Apakah sampai bila-bila, kedua-dua anak beranak ini akan membuat keputusan parti sesuka hati mereka," soalnya-Utusan Malaysia
Komentar KP : Terkesan dengan tekanan daripada akar umbi DAP yang tidak puas hati dengan penipuan dalam pemilihan CEC lepas,Guan Eng begitu tergesa-gesa dalam menetapkan tarikh pemilihan CEC DAP demi kelangsungan Dinasti Lim dan pengaruh kuasa beliau dan ayahnya tidak diganggu gugat oleh ahli-ahli DAP yang sudah lama marah dengan diktatornya kedua-dua beranak ini yang memimpin DAP bagaikan parti milik mereka sahaja.
Inilah wajah Guan Eng,mengkritik terhadap parti lawan dengan pelbagai tohmahan tetapi partinya sendiri lebih teruk masalah dan penipuan dalam pemilihan demi kekalkan pengaruhnya dalam parti.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.