ALOR SETAR 20 Sept. - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata beliau mendapat restu ibu dan bapanya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu Oktober ini.
"Saya dah jumpa mereka (ibu dan bapa). Tun (Dr Mahathir) serah pada saya untuk buat keputusan namun dia ada beri pandangannya berdasarkan pengalaman dia yang pernah bertanding naib presiden.
"Bagaimanapun kali ini bezanya ada 146,500 perwakilan yang akan pilih. Tidak ada lagi sistem pencalonan. Ada banyak perbezaan pengalaman beliau (Tun Dr Mahathir) dengan keadaan sekarang," katanya.
Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah ditemui selepas majlis memperkenalkan calon-calon UMNO Jerlun yang menawarkan diri bertanding jawatan peringkat bahagian itu di Wisma UMNO Jerlun, 30km dari sini hari ini.
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyatakan hasrat mempertahankan jawatan naib presiden. Selain Mukhriz, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga menawarkan diri bertanding jawatan itu. - BERNAMA
he does not need his father's endorsement but his blessing is good enough. he can stand on his own. he has done it already. Tun jangan dok sebuk di Kedah biar dia uruskan sendiri. kalau tidak orang kata nuuuu pak dia juga dok ceramah.
ReplyDelete