KP tegaskan disini bahawa sesiapanya bersetuju dengan membenarkan dengan hatinya untuk orang kafir menggunakannya bererti dia telah mensyirikkan Allah SWT yang Esa ,tidak beranak mahupun diperanakan.Jaga akidah,jangan jadi liberal Islam yang merosakkan Islam.
Umat Islam wajib bersatu mempertahankan kalimah ALLAH S.W.T. kerana ia melibatkan soal akidah yang menjadi tunjang kepada agama.
ALLAH S.W.T. sendiri menyatakan dengan tegas di dalam Surah Al-Maidah ayat 72 yang bermaksud: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya ALLAH adalah al-Masih putera Maryam."
Padahal al-Masih berkata: “Wahai Bani Israil! Sembahlah ALLAH S.W.T., Tuhanku dan juga Tuhan kamu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan ALLAH S.W.T., maka pastilah ALLAH S.W.T. mengharamkan syurga untuknya, dan tempatnya di neraka.
Pada ayat 73 pula ALLAH S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa ALLAH S.W.T. itu salah satu dari yang tiga. Tidak ada Tuhan selain ALLAH, yang Maha Esa. Jika mereka tidak menghentikan ucapan-ucapannya itu, sudah pastilah orang-orang yang ingkar dari mereka akan ditimpa seksaan yang amat pedih."
Kaedah Usul Fiqh menyebut: “Redha dengan dengan kekufuran itu kufur, dan redha dengan maksiat itu adalah maksiat”.
“Maka sebab itulah kita menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati kerana perbuatan membenarkan atau meredhai kalimah ALLAH itu disyirikkan atau disekutukan boleh membawa kepada kufur dan syirik,”
Alangkah ganjilnya jika segelintir ilmuwan Islam sendiri terkhilaf pada susunan keutamaan (awlawiyyat).
“Janganlah kalimah ALLAH itu rela digadaikan hanya kerana cita-cita peribadi dan ingin berkuasa. Mempertahankan agama dan akidah adalah keutamaan kepada semua orang Islam dan ia merupakan jihad yang selayaknya diperjuangkan,”
Dikelirukan pihak tertentu adalah adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mempertahankan kesucian kalimah ALLAH daripada dipersendakan atau diperlekehkan oleh mana-mana pihak.
Kalimah ALLAH dengan sengaja sudah dikelirukan oleh pihak tertentu dengan matlamatnya untuk melanggar agama Islam. Jika pagar ini dibuka kemungkinan akan berlaku syirik pemahaman kepada ALLAH SWT secara besar-besaran.
“Bible bahasa Melayu itu akan menjadi agen untuk memurtadkan orang Melayu. “Demi kesucian nama ALLAH SWT, Tuhan orang Islam, umat tanpa mengira latar serpihan haruslah bersatu dan mempertahankan kalimah paling tinggi ini,”
Ini perlu kerana ia berkait dengan soal asas akidah dan tauhid. “Orang Islam yang bersetuju dan membenarkan ALLAH dijadikan bahan dagangan untuk untung rugi kepentingan politik, mereka ini bukanlah saudara Islam kita.
“Sesiapa yang bersetuju maka mereka sudah mensyirikkan ALLAH,” Landasan suarakan tentangan Isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam tidak boleh dibenarkan sama sekali. Ini disebabkan terdapat perkataan lain yang boleh dan sudah digunakan oleh mereka sejak dari dahulu lagi.
“Penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam boleh menyebabkan kekeliruan dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Islam,”
“Walaupun sudah menyuarakan tentangan dan rasa tidak puas hati terhadap campur tangan mereka dalam isu ini, masih ada pemimpin politik bukan Islam yang terus bercakap dan mencampuri urusan agama Islam,”
Rujuk keputusan muzakarah Terdapat golongan tertentu yang cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.
Mereka bersatu dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuk membuat tuntutan penggunaan kalimah ALLAH untuk kitab mereka.
“Penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu wajib ditolak bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti ALLAH SWT.
“Umat Islam perlu merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain,”
Sebagai umat Islam yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, menjadi kewajipan mereka menjaga kesucian kalimah ALLAH serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik. “Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”
Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. “Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama,”
Khalid Samat ni bukan ISLAM, mcm Idris Jala juga bukan Islam.
ReplyDeleteJadi jangan marah mereka...?
Jika dia minta dalil al-Quran dan sunnah berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,
ReplyDeletemaka kita minta di nyatakan dalil al-Quran dan sunnah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Kalau ada masalah dengan konsert panggilah Pas. Kalau ada lain-lain hal, baik fikir berkali-kali.
ReplyDeleteKalau Khalid Gereja minta dalil, surah Al-Maidah Ayat 72-75 dan surah Al-Ikhlas sudah lebih dari mencukupi. Tapi unta-unta dan ustaz kominis/syiah PAS saja yg tak mahu mengaku, sebab malu terus jadi sewel!
ReplyDelete