Saturday, October 19, 2013

Bapa Abby Abadi : Kesetiaan Hanya Kepada UMNO

Gambar :Abby Abadi dan suaminya bersama ibu bapanya.
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.

Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu

"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

 "Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita. Bahagian Gombak menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang, Abdul Rahim Kamarudin dan Datuk Said Anuar Said Ahmad untuk jawatan Ketua Bahagian.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan lima penjuru antara Datuk Dr. Rahman Ismail, Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Amiruddin Mohd. Radzi, Rajiani Ab. Ahimid @ Abdul Hamid dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dan manakala jawatan Naib Ketua melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Yusop Saidin, Dr. Othman Ab. Rahman dan Abd. Aziz Jenthan. - UTUSAN ONLINE

Komentar KP : Tengok lah bagaimana bapanya tetap setia terhadap UMNO walaupun dimamah usia tua,anaknya saban hari hari-hari memaki hamun dan memburukkan kerajaan dan UMNO demi memastikan UMNO berkubur akibat hasad dengki dan benci yang sudah ditanam pemimpin PAS terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.