Friday, October 25, 2013

PANAS!! Nurul Izzah Kata Tuntutan Comango Tidak Bahaya


Hari ini sekumpulan NGO yang bernaung di bawah Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) akan membentangkan laporan berkaitan hak asasi manusia di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertempat di Geneva.

Laporan oleh COMANGO itu antaranya menuntut PBB mendesak Kerajaan Malaysia supaya menandatangani dan patuh pada Perkara 18 International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang menjamin hak untuk bebas beragama termasuklah dikalangan orang Islam.

Dengan demikian sebarang kekangan undang-undang atau Perlembagaan yang sebelum ini menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam tidak lagi boleh dilaksanakan sekaligus menghalalkan usaha-usaha memurtadkan umat Islam di negara ini.

Dalam laporan itu juga COMANGO memperjuangkan nasib LGBT dan menuntut kumpulan seks songsang itu diberi layanan dan hak sama rata setaraf dengan yang lain tanpa halangan dari sudut undang-undang ataupun agama.

Mereka juga menuntut Kerajaan Malaysia patuh pada Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang menjamin kebebasan mutlak untuk mana-mana individu yang sekiranya dipraktiskan maka undang-undang jenayah liwat perlu dihapuskan.

Semua tuntutan ini selaras dengan usaha NGO Seksualiti Merdeka yang sebelum ini aktif memperjuangkan hak kumpulan LGBT untuk mengamalkan cara hidup songsang mereka. Nampaknya bantahan ramai selama ini sengaja diabaikan demi kepuasan nafsu kumpulan minoriti luar tabie tersebut.

Beberapa lagi tuntutan COMANDO turut menyentuh Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang didakwa menceroboh kehidupan peribadi individu, maksudnya jika tuntutan COMANGO dikuti maka tiada lagi tangkapan khalwat atau denda atas kesalahan minum arak. Siapa sahaja berhak melakukannya atas nama hak asasi manusia.

Selain itu turut dipertikaikan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak istimewa kaum Melayu yang dikatakan bersifat perkauman dengan kata lain setiap rakyat Malaysia mempunyai hak sama rata, sama seperti diperjuangkan oleh DAP.

Semuanya dilakukan atas nama ‘hak asasi manusia’ dan seperti biasa tiada suara bantahan kedengaran dari kalangan pemimpin pakatan pembangkang dalam isu ini. Masing-masing seperti bersetuju dengan COMANGO barangkali kerana perjuangan ‘hak asasi manusia’ ala barat ini sudah sebati dengan mereka.

Mungkin atas sebab itu jugalah agaknya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dengan selambanya beranggapan tuntutan oleh COMANGO “tidak bahayakan negara”, jawapan penuh yakin itu mungkin disebabkan Nurul Izzah terlepas pandang atau brangkali juga kerana Nurul Izzah tidak pernah ambil peduli pun kesannya.

Apapun bagi umat Islam, rata-ratanya penulis percaya masing-masing amat memahami kesan buruk dari tuntutan COMANGO yang terang lagi jelas membahayakan akidah ummah selain boleh menambah burukkan lagi masalah sosial dalam masyarakat.-Mykmu.net

Tapi berlainan pula dengan pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang bertegas bahawa tuntutan Comango menyentuh sensitiviti Islam seperti yang ditulis dalam blognya:-

SETIAP 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia.

Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (Comango) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian.

Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada Comango yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama).

Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).

Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kritikan kami:

- Comango tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

- Comango telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.

- Comango mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian.

Pada sesi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak Comango ini.

Komentar KP : Dalam isu ini pun Pakatan Rakyat tidak bersatu dan bagaimana jika mereka memerintah negara,akan adakah persefahaman jelas antara mereka dalam isu-isu yang menyentuh sensitif seperti ini,Nurul Izzah kata tidak bahaya walhal jelas tuntutan songsang yang cuba diimplementasikan itu sangat bahaya dan menjadi ancaman kepada Islam

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.