Tuesday, October 1, 2013

PANAS!! Penipuan Pemilihan Semula CEC DAP,Wujud Pengundi Hantu Dalam DAP ??


Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi.

Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini? Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.

 Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.

 Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

 “Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.


 Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun Jenice tidak merayu. Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam? Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??

Komentar KP : Jika Jenice Lee yang sudah dipecat boleh mengundi dalam pemilihan CEC DAP,agaknya ahli-ahli DAP yang sebelum ini dipecat dan digantung parti kiranya punya hak untuk mengundi ?? Kalau Jenice Lee seorang boleh mengundi secara terbuka seperti ini,mesti lebih ramai yang tidak ada hak untuk mengundi kerana dipecat atau digantung parti dalam pemilihan semula ini turut mengundi .Apa agaknya jawapan Guan Eng yang masih trauma dengan hilang undi popular kepadanya dalam pemilihan semula kali ini.ROS mesti menyiasat perkara ini kerana wujud tangan-tangan hitam yang masih memainkan peranan mengatur strategi untuk mengekalkan Dinasti Lim dalam DAP .

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.