KUALA LUMPUR 6 Okt - Empat pertubuhan mahasiswa hari ini menghantar Memo bantahan Pro Mahasiswa UIAM 'Pemilihan Presiden MPP Tidak Sah' kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Menurut Pengerusi We Unite For Islam (WUFI) Najib Abd Rahim, desakan campurtangan Suhakam terpaksa dilakukan berikutan terdapat salahlaku yang berlaku dalam Pemilihan Office Bearers MPP UIAM 2013 / 2014 baru-baru ini.
"Selain daripada itu kaedah yang dilaksanakan terhadap empat jawatan tertinggi dibuat dengan cara 'angkat tangan' ," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut di Pejabat Suhakam di ibunegara tadi.
Penyerahan itu diketuai Najib mewakili WUFI sambil diiringi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ma'ruf Club UIAM serta menerima sokongan solidariti daripada Pro M Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dalam masa sama memorandum bantahan itu juga mempersoalkan tentang penggunaan kotak pembuangan undi yang dikatakan tidak transparen serta tiada pemerhati dikalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.