SHAH ALAM- Suasana di Muktamar PAS Ke-59 pagi ini tersentak dengan luahan perwakilan PAS dari P.Pinang berkaitan isu sidang media oleh PAS P.Pinang yang meluahkan rasa tidak puas hati PAS P.Pinang terhadap sikap rakan Pakatan Rakyat P.Pinang terhadap mereka.
Wakil PAS P.Pinang,Mohd Nor Harun menyatakan bahawa PAS P.Pinang tidak dilayan lagi selepas Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pada PRU-13 di P.Pinang dan seperti disingkirkan terus daripada Pakatan Rakyat P.Pinang.
"Bila nak pilihanraya,dia panggil kita untuk draf manifesto,panggil kita minta idea dari PAS Pinang ,namun bila menang pilihanraya PAS seolah-olah disingkirkan " .
Tatkala beliau berkata demikian ,tangan beliau menghentak rostrum meluahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati dihadapan kepimpinan PAS Pusat dan semua perwakilan muktamar.
Isu panas diantara PAS Pinang dengan Pakatan Rakyat memuncak apabila PAS P.Pinang mengadakan sidang media membidas sikap Pakatan Rakyat P.Pinang terhadap PAS dan menuntut 8 perkara terhadap Pakatan Rakyat P.Pinang .
video wakil PAS P. Pinang di minit ke 2:54:18
Lagi satu drama sempena muktamar...habis muktamar confirm, Pas akan melutut minta ampun kat kafir Dap...tak caya??? korang tengoklah nanti ...
ReplyDelete