Monday, November 11, 2013

PANAS !! Shahrizat Tarik Balik Saman, Rafizi Ikrar Akan Terus Siasat Isu NFC

Dimana taring Kak Jat selepas menang Ketua Wanita UMNO Malaysia ??Takkan lepas menang pemilihan terus tarik balik saman ?? 
Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Rafizi ketika ditemui di lobi mahkamah mengalu-alukan keputusan Shahrizat untuk menarik balik saman terhadap dirinya tanpa sebarang syarat.

Katanya, keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya akan terus menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab dalam NFC kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

"Keputusan Shahrizat untuk menarik saman itu menguatkan lagi semangat saya untuk terus memantau isu NFC agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Sebagai seorang menteri Kabinet pada ketika itu, Shahrizat tahu bahawa dana yang sepatutnya khusus kepada projek berimpak tinggi negara digunakan bagi tujuan lain termasuk membeli kondominium tetapi tidak dilaporkan kepada Kabinet," katanya.

Zuraida yang turut ditemui media berkata, sepatutnya Shahrizat menarik balik kes itu lebih awal sebelum lebih banyak pendedahan dilakukan ke atas dirinya.

Katanya, penarikan saman itu disebabkan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno selain menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Wanita.

"Kami akan memastikan ada usaha pemulihan dilakukan ke atas projek ini kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini, tetapi kerajaan masih gagal berbuat demikian.

"Biarpun ada rundingan dengan syarikat Jepun tetapi mereka tidak bodoh untuk mengambil syarikat yang penuh dengan hutang untuk diambil alih.

"Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini setelah tujuh tahun penangguhan. Selaku ahli Parlimen, kami akan meneruskan usaha itu,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, penarikan saman oleh Shahrizat memberi ruang lebih luas kepada dirinya dan Rafizi untuk membongkar salah laku dalam isu NFC.

Rafizi kemudian berkata, beliau menarik balik samannya kepada Shahrizat berikutan Ketua Wanita Umno itu menggelarnya 'jambu' dan 'tanggang' kerana berpendapat ia tidak berbaloi untuk mengambil tindakan mahkamah. - 11 November, 2013.

Komentar KP : KP benar-benar kecewa dengan keputusan Ketua Wanita UMNO Malaysia,Datuk Shahrizat Abd Jalil kerana menarik balik saman beliau terhadap Rafizi Ramli dalam isu NFC. Tidak sedarkah beliau bahawa cybertrooper dan blogger kerajaan telah bertungkus lumus menjawab isu NFC ini ketika ia ditimbulkan oleh Rafizi dahulu.Yang menghairankan pula kenapa selepas pemilihan UMNO 2013 ini baru Kak Jat nak tarik balik saman ??

Dulu dalam PAU 2012 ,siap Kak jat menyinting lengan baju dengan gaya serius membidas orang fitnah Kak Jat dan keluarga dalam isu NFC tapi kini  ??Rafizi juga telah berikrar akan terus membongkar isu ini dan jika terbukti benar,UMNO dan kerajaan akan dijadikan kambing hitam atas kesalahan pemimpinnya sendiri.

Apa pandangan blogger dan pembaca semua ??

4 comments:

  1. BENGONG !! Sebelum ni puak-puak tu dok londeh dia skrg ni dia sendiri buka baju kain semua siap TELANJANG lagi..HAPRAK !!!

    ReplyDelete
  2. Terbaik dari ladang NFC ke ni?, tahniah kak jat...

    Keputusan anda memberikan impak yang dimahukan Pakatan Rakyat untuk menambah derita kerajaan.

    Bersusah payah cytro pro kerajaan bongkarkan fakta, segalanya hanyut dengan keputusan ini.

    ReplyDelete
  3. apa la kak jat ni si pantat lebam sumbing ni..mcm ni ker ketua wanita UMNO!!!???...mcm nak mampos la org lain tolong jwbkan isu NFC pastu sesuka hati pantat lebam sumbing dia jer nak tarik saman..bangsat punya sundal!!!

    ReplyDelete
  4. Takder teloq.... Memalukan UMNO....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.