KOTA BHARU 14 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan digesa segera menunaikan janji melaksanakan hukum hudud di negeri ini yang dibuat sejak lebih 20 tahun lalu.
Gesaan itu disuarakan beberapa guru agama di negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan semalam menyatakan mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam tersebut.
Pengasas Pondok Sungai Ular, Tumpat, Zainal Abidin Awang berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya sudah lama melaksanakan hukum hudud di negeri ini memandangkan perkara itu merupakan janji utama Pas sekiranya berjaya memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum 1990.
"Semua orang masih ingat janji pemimpin Pas dalam kempen pilihan raya itu yang akan melaksanakan hudud 'sebelum ayam berkokok' sekiranya mereka menang, tapi sampai sekarang masih gagal, pelbagai alasan dan helah diberikan setiap kali isu hudud dibangkitkan.
"Tiada alasan bagi kerajaan negeri berdolak-dalik dalam perkara ini kerana draf undang-undang tersebut diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), malah ditandatangani Tuanku (Sultan Kelantan) pada 1996," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, kerajaan negeri perlu membuktikan ketelusan kepada rakyat dengan menunaikan segera janji melaksana hukum hudud yang pernah termaktub dalam manifesto pilihan raya parti itu sebelum ini.
"Sampai bila Pas hendak bersandiwara menjadikan agama sebagai topeng politik mereka. Mana mungkin selamanya hendak bermain tarik tali setiap kali isu ini dibangkitkan.
"Sekarang adalah masa paling sesuai Pas laksanakan hukum Islam itu memandangkan Jabatan Kehakiman Syariah sendiri sudah memaklumkan mempunyai kemudahan yang cukup sekiranya kerajaan negeri ingin melaksanakan hudud," katanya.
Bagi Setiausaha Minda Pondok, Saifudin Abd. Rahman pula, kenyataan Ketua Hakim Syarie itu merupakan 'lampu hijau' dan jelas menunjukkan hudud boleh dilaksana kerajaan negeri pada bila-bila masa.
"Jadi, sekarang ini bergantung kepada kerajaan negeri mahu buat (laksana hudud) atau tidak, itu sahaja," katanya.
Tambahnya, saban tahun Pas mengelirukan rakyat dalam soal pelaksanaan hudud di negeri ini dengan sambutan Hari Hududullah sedangkan hukum tersebut masih belum dilaksanakan.
"Bukankah pelik, 'anak' tidak ada lagi tapi setiap tahun buat majlis sambutan hari ulang tahun ucap selamat hari lahir," katanya.-Utusan Malaysia
Alhamdullilah. Ini lah lah masa dan ini lah peluang. Jangan ada adakan sebab musabab tidak bolih atau belum tiba masa.. bla bla..bla...Just shut up and think wisely.
ReplyDeleteAmanah/tanggung jawab yang wajib di pikul olih PEMIMPIN YANG MEMIMPIN (bukan "pemimpin yang perlu di pimpin") mesti dilaksanakan walaupun "we forsee" pada permulaan nya "process" melaksanakan undang2 Allah swt ini akan ada sedikit "kepincangan"/ganguan luaran TETAPI memulakan perlaksanaan UNDANG2 yang wajib ini di Kelantan atau pun di negeri lain yang telah almost READY mesti di jalankan dengan kadar segera.
Istilah ""Tidak bolih"" is NOT an OPTION. InsyaAllah keberkesanan HUDUD keatas kehidupan seluruh RAKYAT @ masyarakat am nya Hanya akan dapat di NIKMATI keberkatan mungkin 3 @ 4 tahun salepas perlaksanaan.
Dengar lah nasihat 'kerdil" ini. Inilah masa dan ketika...DONT BERPOLITIK lagi dengan UNDANG UNDANG ALLAH...Cukup lah dengan sandiwara yang lepas lepas tu....BERSATU and IMPLEMENT NOW!!!!!... ALLAHHUAKBAR3x