Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bakal mendedahkan bukti didakwa hanya sekadar mainan mahu mendapatkan sokongan politik.
“Berdasarkan pemantauan, tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini."Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja. Jika KDN ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang akan mendedahkan beberapa bukti pemimpin Pas terlibat dalam fahaman Syiah dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.
"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah, Pas tetap mempertikaikannya.
"Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.
Jelasnya, Pas tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai bukti-bukti yang dibawa.
“Saya juga sudah sebut jika bukti itu datang daripada Umno maka kita tidak akan percaya,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai tindakan KDN yang memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas yang terlibat dalam fahaman Syiah, Nik Abduh menegaskan, ia adalah tindakan kerajaan dan Pas tiada kuasa untuk menghalangnya.
“Pas ada keputusan sendiri dan kerajaan ada kuasa mereka dan boleh buat apa sahaja. Selagi mana pemimpin Pas bersih, kita akan cuba pertahankan pemimpin kita," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, kerajaan perlu menuruti prosedur dalam memberikan bukti berhubung keterlibatan pemimpin Pas dalam fahaman Syiah.
"Jika (ia) tidak benar, ini bermakna Umno perlu bersedia menghadapi saman daripada Pas.
"Isu syiah merupakan isu politik antarabangsa yang telah dimainkan Umno dan akhirnya Pas menjadi mangsa keadaan. Jika Umno ada bukti, sila tunjukkan, kami tidak gentar,” katanya.
Komentar KP : Terkejut KP melihat kenyataan Nik Abduh anak Nik Aziz yang boleh disifatkan sebagai kenyataan yang bersifat assabiyah dan tidak mengambil kira pandangan dan bukti-bukti yang bakal dikemukan keatas Mat Sabu terlebih dahulu. Bak kata pepatah melayu" Bapa borek,anak rintik",inilah contoh "The Next Nik Aziz" yang bakal menjelma dalam PAS jika Nik Abduh terlalu emosi dalam mempertahankan pemimpin PAS demi membersihkan nama PAS daripada tuduhan sebegini.
Nik Abduh sendiri sudah tidak berlaku adil dalam menentukan keadilan seseorang dengan berhukum dengan hukumnya sendiri dan tidak peduli dengan bukti-bukti yang dikemukan dan menolak terus jika ianya daripada UMNO.Inilah yang sangat jelas di dalam PAS yang kononnya bersikap untuk semua tetapi masih jumud dalam kegelapan sempit jika berdepan dengan situasi membabitkan pemimpinnya.Berlaku adil lah wahai Nik Abduh seperti dalam firman Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-[Surah Al Maidah ,ayat8]
Yang dah jelas ialah skandal Mat Sabu dengan isteri orang,sebab ada keluar suaranya yang sedang "mengayat" isteri orang....
ReplyDeleteKlu tak betul, saman je la zahid tu.
ReplyDeleteSelagi BERSIH berbaju kuning selagi itulah bukan sahaja Nik Aduh pertahankan Mat Sabu, malah kesemua ahlul PAS termasuk Ambiga akan mempertahankannya.
ReplyDeleteBersih manalah sangat orang yang bernama Mat Sabu ni.
Tahap Dewata Mulia Raya kot!
KALAU PAS TAK PERCAYA ORANG LAIN......TOLONGLAH LAKUKAN SIASATAN SENDIRI DAN CARI BUKTI SERTA DEDAHKAN.....PADA AKU LAH PAS TAK AKAN MENGAKU APA JUA SALAH LAKU PEMIMPIN NYA ...KES STOPA SPENDER BESAR DAH SIASAT KE BELUM ? KES ADUN SELINSING DAH SIASAT KE BELUM ? KES TABUNG MEMALI DAH SIASAT KE BELUM ?
ReplyDelete