Beliau berkata, ia adalah satu pembohongan yang cuba dilemparkan bekas Menteri Besar Kelantan itu susulan pertemuan Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai satu yang luar biasa.
Katanya, ini kerana tiga Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebelum ini pernah mengadakan pertemuan bersama beliau bagi membincangkan program pembangunan di Kelantan termasuk pelancaran Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Tumpat pada 2009.
"Dia (Nik Aziz) kata dah 23 tahun baru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) baru nak buka pintu perbincangan. Ini satu pembohongan yang dibuat oleh seorang ulama," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah Mingguan di Dataran Ilmu, Kelantan baru-baru ini menyifatkan pertemuan Ahmad dengan Najib sebagai satu yang luar biasa.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.