Tuesday, August 26, 2014

Sultan Selangor Titahkan PAS,PKR dan DAP Cadangkan Lebih Dua Nama Calon MB Selangor


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, bagi memudahkan Baginda Sultan menentukan calon yang berkelayakan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

 Baginda bertitah demikian sebaik sahaja Khalid mengadapnya bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan sementelah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

 Justeru Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Khalid sehingga calon Menteri Besar baharu ditentukan. Titah Sultan Selangor itu sekaligus bermakna Baginda menolak pencalonan tunggal PKR untuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan Menteri Besar itu.

 PKR dan DAP sebelum ini menolak cadangan PAS untuk mengemukakan nama Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar itu. PKR mengambil keputusan hanya mencalonkan Azizah dan Azmin akur kepada keputusan parti itu.

Rakyat Selangor Berang,Khalid Samad Diludah Dan Ditampar


KUALA LUMPUR - Sejurus selesai proses ikat jamin selepas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diludah, disembur air, ditampar dan dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang lelaki tidak dikenali sebentar tadi.

 Dalam kejadian yang tidak diduga itu, Khalid yang baru keluar dari Kaunter Jamin di aras B1, menuju ke pintu utama lobi untuk ke tempat meletak kereta bersama beberapa rakannya. Menurut sumber yang mahu namanya dirahsiakan, keadaan di lobi kompleks mahkamah itu kecoh kira-kira 10 minit.

 Sumber itu berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari tadi, Khalid tiba-tiba didatangi dua orang lelaki yang menunggunya di lobi. 

Salah seorang daripada mereka meludah dan cuba menampar wajah ahli Pas itu. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada bersama Khalid ketika itu menahan tindakan lelaki itu.

 Sementara itu, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu disertai oleh beberapa lelaki lain kemudian mengekori Khalid menuju ke tempat meletak kereta.

 Seorang saksi lain memberitahu, kumpulan lelaki itu meludah ke arah Khalid walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu sudah masuk ke dalam keretanya.

 Mereka turut menjerit "Kamu ingat Selangor ini kamu punya ke?" dan "babi" kepada Khalid. Kumpulan itu meninggalkan tempat kejadian selepas Khalid beredar.‬ Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau agak terkejut dengan tindakan itu namun buat masa ini masih belum memutuskan tindakan yang akan dibuat terhadap kumpulan lelaki berkenaan

sumber: Sinar Harian

Hj Hadi Tawar Azmin Sertai PAS, Bentuk Kerajaan Perpaduan ??


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

 Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin. Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa. AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin. Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR. AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

 Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. "Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu. Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, dilaporkan Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor. Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

sumber: Malaysian Insider
gambar: FB WakeUp Malaya 

Monday, August 25, 2014

Pemimpin PAS Kaitkan Tragedi MH 17 dengan Kejatuhan UMNO



Timbalan Menteri Besar Kelantan ,Dato' Amar menyamakan kedudukan UMNO dengan MH17 'yang akan terkubur, tiada guna dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan'. Tidakkah beliau fikir akan perasaan keluarga mangsa mh17 yang kehilangan orang tersayang ? Adakah dia tidak mempunyai perasaan ? 

Dimanakah solidariti beliau untuk bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam tragedi MH17 ? Politik keji dan berhati busuk seperti ini sebenarnya  wajar ditolak oleh semua pemain politik di Malaysia tetapi malangnya ada juga yang terjerat dengan politik seperti ini

Kami rakyat Malaysia seluruhnya menuntut permohonan maaf daripada Timbalan menteri besar Kelantan atas keceluparannya dengan mengaitkan UMNO dengan kejadian terhempasnya MH 17 terhadap kaum keluarga mangsa-mangsa terjadi MH 17.

Hishammuddin : UMNO P.Pinang Perlu Bangkit Kembali


PERMATANG PAUH 24 Ogos - UMNO negeri yang kini sedang diuji kerana 'hilang' kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lalu tidak harus terus lesu sebaliknya perlu bangkit penuh semangat dalam mempertahan kaum, agama dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada perkara yang perlu digusarkan kerana dalam banyak perkara, pihak yang sabar dengan ujian Allah SWT dan tidak mudah mengaku kalah akan beroleh kemenangan.

Mengambil contoh dirinya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang menghadapi perpecahan serius ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Tun Dr. Mahathir memberi masa kepada saya selama enam bulan untuk memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal saya harus meletak jawatan," katanya.

Hishammuddin berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyatie Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr. Shaikh Hussain Mydin.

Hishammudin berkata, dalam tempoh ditetapkan, beliau turun ke kampung di seluruh negara bertemu ahli Pemuda dan berdepan pelbagai cabaran termasuk diludah dan ketika itu moral ahli berada pada tahap rendah kerana hendak memakai baju Pemuda juga berasa malu.

"Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima," katanya.