Tuesday, August 26, 2014

Sultan Selangor Titahkan PAS,PKR dan DAP Cadangkan Lebih Dua Nama Calon MB Selangor


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, bagi memudahkan Baginda Sultan menentukan calon yang berkelayakan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

 Baginda bertitah demikian sebaik sahaja Khalid mengadapnya bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan sementelah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

 Justeru Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Khalid sehingga calon Menteri Besar baharu ditentukan. Titah Sultan Selangor itu sekaligus bermakna Baginda menolak pencalonan tunggal PKR untuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan Menteri Besar itu.

 PKR dan DAP sebelum ini menolak cadangan PAS untuk mengemukakan nama Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar itu. PKR mengambil keputusan hanya mencalonkan Azizah dan Azmin akur kepada keputusan parti itu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.