Saturday, September 20, 2014

Hj Hadi Tunjuk Taring , Bidas PKR dan DAP Dalam Ucapan Penggulungan Muktamar PAS


Di dalam ucapan penggulungan oleh Presiden PAS di dalam Muktamar PAS ke-60, Hj Hadi membidas sikap rakan tahaluf siyasi mereka PKR dan DAP yg mencuri wakil rakyat PAS untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.Beliau mempersoal inikah etika bertahaluf di dalam PR.

Broker,barua disebut beliau dengan nada marah dan tegas terhadap 2 wakil rakyat PAS yang telah melanggar baiah kepada PAS dengan menandatangani surah aku janji menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Dalam pada itu,beliau juga menyifatkan secara tuntas bahawa perbezaan ideologi  PAS dengan rakan parti mereka iaitu PKR sebuah parti sekular pragmatik dan DAP parti sekular sosialis. 

Hj Hadi dilihat sudah memulangkan " Paku Buah Keras" kepada pengkhianat,pembelot PAS yg terpedaya dengan politik Anwar Ibrahim dan DAP .

Hanipa Maidin Jadi Sasaran Ejekan "Boo" Pemerhati PAS,Persoal Kuasa Veto Presiden


Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.

 Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan. Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

 Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

 "Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden). "Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.

 "Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya. 'Apa salahnya rujuk Luham?'

 Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dirujuk dalam mentafsir ruang lingkup kuasa tersebut. "Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).

 "Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.

 Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut. Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan.

Thursday, September 4, 2014

Calon MB Selangor : PAS Hantar 1 ADUN PAS, 2 PKR



KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

 "Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.  Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama. "Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

 Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS.

 Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

 Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

 Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

 Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Tuesday, September 2, 2014

Guan Eng : Gelaran "Lembu Suci" Kepada Ketua Polis Negara


Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau "lembu suci" yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

 Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.


Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya tetapi sebaliknya bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.

Menggunakan undang-undang jenayah menentang musuh ketika Khalid mempunyai sumber penuh pada kedudukan beliau sebagai ketua polis negara, akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan yang tidak adil dan tidak sama rata.

Apakah Khalid akan berjuang secara adil dengan membawa kepada mahkamah sivil terhadap mereka yang beliau dakwa memfitnah beliau?

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin meminta mengesahkan dakwaan Timbalan Komander Kanan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi bahawa sebelas daripada 156 ahli unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, dadah, kesalahan berkaitan kongsi gelap dan juga bunuh.

Begitu juga, mereka yang air kencing diuji positif mungkin disebabkan oleh ubat yang diambil untuk penyakit.

Pendirian anti-PPS

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga akan berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat apa-apa laporan polis atau tuduhan terhadap 11 anggota ini ketika mereka melaksanakan peranan mereka secara sukarela dalam PPS.

Jika tidak, adalah tidak adil kepada keseluruhan PPS yang terdiri daripada 9,000 orang dengan maklumat yang didakwa sebagai latar belakang beberapa ahli.

Apakah perlu untuk 120,000 anggota polis juga didakwa hanya kerana tindakan beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan kematian tahanan, jenayah kejam seperti rompakan atau menyalahgunakan kuasa mereka dengan terlibat dalam rasuah?

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan akan tertakluk penuh kepada undang-undang.

Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS, khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan sukarela polis komuniti.

Malangnya media yang dikawal BN, termasuk beberapa dalam akhbar Cina, telah menerima pakai pendirian BN yang anti-PPS.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengulangi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada pihak polis terhadap PPS secara keseluruhan.

'Lapor terus pada saya'

Jika terdapat sebarang aduan sebegini, aduan ini seharusnya dimaklumkan oleh pihak polis kepada ahli exco negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh atau diri saya.

Adalah dikesali apabila media yang dikawal BN yang sama ini telah memutar-belit isu PPS menjadi isu politik untuk menekan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan PPS untuk menyediakan bantuan kecemasan dalam kemalangan, perkhidmatan kecemasan dan menyelamat dan juga sebagai tindak balas kepada seruan oleh pihak polis untuk mengukuhkan polis komuniti bagi memerangi jenayah.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan badan seperti itu mengikut cara yang sama penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau JKKK(P) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan.

Berikutan penangkapan 156 dan sementara menunggu sebutan kes di mahkamah berhubung penangkapan mereka, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa semua ahli PPS akan “direhatkan” daripada menjalankan kerja-kerja sukarela dan tidak memakai jaket seragam mereka.

Keputusan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati kedaulatan undang-undang dan keputusan oleh mahkamah.

Sementara itu kita berharap polis akan menangani kebimbangan awam tanpa kehadiran polis komuniti, dan menguruskan kemalangan dan perkhidmatan menyelamat kecemasan tanpa kerja sukarela daripada 9,002 anggota PPS.

Kerajaan negeri Pulau Pinang terus komited untuk Pulau Pinang yang lebih selamat dan mengekalkan status Pulau Pinang sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang.