Saturday, September 20, 2014

Hj Hadi Tunjuk Taring , Bidas PKR dan DAP Dalam Ucapan Penggulungan Muktamar PAS


Di dalam ucapan penggulungan oleh Presiden PAS di dalam Muktamar PAS ke-60, Hj Hadi membidas sikap rakan tahaluf siyasi mereka PKR dan DAP yg mencuri wakil rakyat PAS untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.Beliau mempersoal inikah etika bertahaluf di dalam PR.

Broker,barua disebut beliau dengan nada marah dan tegas terhadap 2 wakil rakyat PAS yang telah melanggar baiah kepada PAS dengan menandatangani surah aku janji menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Dalam pada itu,beliau juga menyifatkan secara tuntas bahawa perbezaan ideologi  PAS dengan rakan parti mereka iaitu PKR sebuah parti sekular pragmatik dan DAP parti sekular sosialis. 

Hj Hadi dilihat sudah memulangkan " Paku Buah Keras" kepada pengkhianat,pembelot PAS yg terpedaya dengan politik Anwar Ibrahim dan DAP .

4 comments:

  1. Assalammualaikum, ucapan yg bernas dr seorang presiden
    warga johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari tok guru Hj Hadi dan kita sokong

      Delete
  2. Ucapan Presiden Pas tepat dengan Hukum Islam, kita wajib sokong

    ReplyDelete
  3. Bravo...TGHH u r the best..padan muka munafik parti

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.