Telah tersebar di media massa dan sosial akan surat rasmi daripada pejabat Jabatan Mufti Perlis kepada Pejabat Menteri Besar Perlis akan pendirian Mufti Perlis ,Dr Asri yang tidak bersetuju dengan kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias(DUKE) sebagai panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan Ulangtahun Ke-69 RTM.
Pendirian Mufti Perlis tersebut mendapat kritikan ramai kerana alasannya konon DUKE sering membawakan riwayat-riwayat palsu.Dr. MAZA menjawab di Facebooknya DR.MAZA dengan mengemukakan contoh riwayat palsu yang terdapat dalam buku DUKE berkenaan kisah kenduri Rasulullah makan roti jala cicah kuah kari yang mana isu ini telah lama dijawab oleh DUKE
Sikap Mufti Perlis yang melabel pendakwah secara terbuka dengan mengatakan beliau DUKE selalu mengemukakan riwayat-riwayat palsu ibarat meludah ke muka sendiri apabila sebelum ini dia antara lantang yang mengkritik isu label-melabel dalam kalangan pendakwah di Malaysia dengan pelbagai label.Kini,beliau pulak melabel DUKE sebagai pendusta dengan riwayat-riwayat palsu.
Disini KP sertakan akan penyelewengan Dr. MAZA dalam agama yang mengelirukan masyarakat umumnya di Malaysia:
1.Isu Selawat Syifa
2.Fitnah Keatas Sayyid Jaafar Al Barzanji dan Ahlul Bait Rasulullah SAW
Sebenarnya ada banyak lagi kekeliruan yang sengaja ditimbulkan dalam masyarakat oleh Mufti Perlis ini dan KP hanya sertakan 2 video sahaja untuk penilaian pembaca.KP sertakan satu link daripada Halaqah.net yang bertajuk Muhasabah Untuk Dr. Asri untuk rujukan pembaca sekalian .
Mengapa negeri utara tu angkat mamat ni jadi mufti dia orang?.bagus sikit Turki yg nak ambil Nuar jadi mufti mereka.
ReplyDelete