Oleh Lokman Adam
Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.
Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat. Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu. Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.
Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.
Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.
Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time". Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.
Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan. Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.
Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.
Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.
Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.
Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat. Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?
hahaha...lokman Adam..xda org yg lebih baik ke kau buat rujukan..pengkhianat yg dibawa masuk ketika zaman pak lah melalui KJ..bukan dia sorang ramai lagi yg pernah memBABIkan UMNO!!spesies parasit mcm ni xpatut ada dlm UMNO
ReplyDeleteBro...takat mati career politik tp hidup senang..kami rakyat marhaen...apa cerita...kos sara hidup meningkat...yg bro dah tau masalah anuar tu..napa ikut dia..x payah nak spin alasa Tun membangkitkan isu yg perlu di jawab Najib...mmg Najib wajib straight to the point..x payah biarkan blogger bangang dia spin isu...
ReplyDeleteWOW!! Saya pun terfikir perkara yang sama sebelum membaca blog saudara...
ReplyDeleteSedih bila negarawan yang saya sanjungi selama ini mula menunjukkan sifat2 yang "unbecoming". Mungkin dari dulu lagi tetapi sekarang, semakin ketara.....
Saya harap Tun tidak akan "Stoop even lower". Bersaralah sementara Tun masih disanjungi. Saya dulu adalah penyokong Tun yang kuat mempertahankan segala tindak tanduk Tun.
Dalam pengembaraan saya di merata rata dunia, saya akan memuji Tun dan mempertahankan Tun bila Tun diserang oleh rakyat2 luar negara.
Tetapi.....sekarang saya lihat Tun dari sudut yang berlainan.
Saya masih hormat...itu budaya kita.
Tetapi PM pun perlu kita hormati....tu budaya kita. Kenapa mesti bertikam demi kebajikkan keluarga masing2?
Tun lebih mementingkan kejayaan anak daripada UMNO?
Saya setuju dengan saudara ...Tun semakin "mengganas" semenjak kematian LKY dan Nik Aziz.
Saya penyokong Mukhriz....tetapi ini bukan caranya...Mukhriz akan berjaya dengan cara beliau sendiri dan pada masa yang sesuai.
Kami menyokong Tun Dr. Mahathir selepas melihat dan mengkaji kaedah Tun Dr. Mahathir adalah realistik dalam pembangunan negara, bukannya macam Najib indah khabar dari rupa, banyak isu tak selesai, makin hari makin bermasalah.
ReplyDeleteKepada para jemuan belaan Najib termasuklah Lokman Nor Adam, Jamal Yunus Sekinchan, teruslah membohongi diri sendiri dan teruslah menjadi jemuan yang mahu menagih perhatian Najib, kerana kalau Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 disebabkan kebodohan para jemuan yang menyokong membawa rebah ini, apa guna lagi perhatian Najib untuk korang?
Kalau bodoh dan tamak itu, payahlah nak dinasihatkan, semuanya menjaga temolok sendiri sedangkan parti dijadikan galang ganti untuk mendapatkan perhatian bertaraf sampah dari Najib yang bengong itu.
tun belum 'mengganas'. kalau tun 'mengganas', tun dah benarkan penyokong penyokong dia menulis tentang najib. sebab tu bigdog, a voice dan ramai lagi big name bloggers yang belum menulis tentang najib. tun masih ingat jasa tun razak. tun masih fikir risiko buruk baik 'serangan' beliau keatas najib. tun masih tekan brek tu, budak najib je dok serang tun. tun tanya soalan, kenapa tak jawab? kenapa nak membuka rekasaya tentang tun? jawab lah soalan. jangan tanam kepala dalam pasir macam burung unta.
ReplyDeleteNampaknya PM mungkin terpaksa meluluskan Kulim airport di Kedah dengan kadar segera....kalau inginkan serangan Tun berkurangan sikit.
ReplyDeleteKesian Mukhriz...jikalau tembelang Tun pecah, mugkin akan backfire tempias terkena anak Tun.
ReplyDeleteSudah la , Orang tua tu dah guna bermacam macam cara elok untuk menasihat Najib , tapi malang nya macam pak lah dia lebih mempercayai consultant yg menlingkup negara, jadi dah tak jalan lain Tun m terpaksa guna cara keras , baca lah tulisan beliau baris baris akhir , tak pa dah sudah menjadi perangai semula jadi orang orang UMNO era ini , hati dan telinga dah tertutup , jadi kita tengok PRU 14 nanti , saya percaya kalau Najib masih sebagai PM sehingga PRU 14 ,siap sedia lah UMNO utk hilang kuasa selama lamanya.
ReplyDeleteAnon 8.03.
ReplyDeleteBetulkah hujah anda itu? Anda suruh Tun bersara?Rupanya anda didalam mimpi!
Anda menulis seolah-olah Tun mahu menaikkan Mukhriz.Kalau Tun hendak, dia boleh berbuat demikian semasa dia jadi PM lagi, tapi Tun bukanlah jenis yang anda cuba gambarkan.
Apa yang Tun cakap dan soal itu adalah apa yang rakyat cakap dan soal di kedai-kedai kopi, diwarung-warung dan sebagainya.
Tun M ni pun satu....anak tiri Najib yang kaya tak seberapa di USA tu, nak tanya dari mana datangnya duit tu. Seolah olah budak tu tak boleh mencapai kejayaan sebab dia tu anak tiri PM.
ReplyDeleteHabis tu, anak2 Tun M yang berstatus BILLIONAIRE tu apa citer? Di Malaysia pulak tu di mana beliau pernah menjadi PM!! Sekurang kurangnya anak tiri Najib mencari rezeki di luar negara.. Anak2 Tun M macam mana pulak? Ada ke anak dia yang tidak berjaya? Tak termasuk anak pompuan yang dah terlalu liberal sorang tu...dah macam sesat semacam dah dia tu.
Yang lain2? Anak2 lelaki Tun M semua berjaya dengan sendiri ke? Berbillion2 duit tanpa pengaruh Tun ke?
Kalau Tun tak berhati hati, tindakan Tun akan sabotage keluarga Tun sendiri. Yang jadi mangsa nanti kerjaya Mukhriz sendiri. Masa depan politik yang cerah buat Mukhriz mungkin pudar disebabkan mulut celupar Tun sendiri...
Saya dulu sanjung Tun M....tapi sekarang dah kuraang sikit.
Hang tengok Anwar liwat ka..mana sumpah keramat hangpa bubuh dalam seluar ka.
ReplyDeleteTun mmg mementingkan anak beliau semata2..teruk..
ReplyDeleteKelakar....alasan yg tak masuk akal... Kalaupun Tun nak anak dia naik, Tun boleh terus membodek PM mcm yg Lokman buat skrg.....
ReplyDeleteCakap macam nak bodek saja lebih,banyak orang memang tak suka dengan cara Najib, kaki-kaki bodek kami rakyat nak tahu juga apa yang sedang berlaku, saya tak sokong Najib atau pun Mahathir, kami nak tahu yang sebenarnya.Pasal mati tu jangan pandai cakap ikut nafsu sendiri.
ReplyDeleteadam... nampak sgt kau ni geng kj... hang fikiaq kj tu bagus sangat kah... siapa kj tu sblm ada si burung "nuri"..... kj kenal umno sbb dia menantu pak lah a.k.a. lembab..
ReplyDeletehang ni manusia kelam kabut... sat parti tu, sat parti ni.. pasai apa x masuk dap a.k.a. kafiaq harbi je.. jawapannya.. sbb x bolih buat duit kan.....!
memang patut pun karier politik hancus... sepatutnya dengan hang sekali hancus sbb orang mcm hang ni x ada dalam negara ni pun, Malaysia x rugi wlu 00000000.1 sen...
mukhriz.... awat hang babit mukhriz... hang x tengok perhati nilai kah cara mana karier politik mukhriz... memanglah yang amat dikagumi ayahanda tun bapa dia tapi dia panjat tangga umno guna kakitangan dia sendiri.. x mcm mangkuk kj,, panjat tangga umno sambil pimpin kakitangan burung nuri... cuba hang nilai betoi2... ni nk habaq mai kat hang... kwn2 saya pernah kata masa pemilihan 3 penjuru ketua pemuda dulu.. mukhriz, khir n kj... kj memewahkan hidup dgn $$$$$.....
ha tu.... apa maksud dia.... lagu tu, klu lawan ds hishamuddin pun kj bolih menang.... fikiaqlah kawan... oppssss.. silap.. hang bukn kawan aku.. aku anggap hang pengkhianat sbb hang pernah seBUNTUT dgn ai a.k.a. peliwat....
lagi satu pasai apa hang duk sebut no. 2.... hebat hang no... bolih baca langkah2 strsnya mukhriz... dia nk jd tp umno kah.. siapa kata...? hang yang kata ngok..! hang ni dh mcm tok bomoh teropong kelapa plak dah...
baguih hang berenti daripada hang trs merapu meraban x tentu pasai... sat lagi kang aku hang penampaq, beterabuq kang gigi2 hang tu...
oh iya, terlupa... hang la ni tukang kipas kj kot... nk dpt habuan apa.. atau setidak ada sikit kedudukan dlm agensi, syarikat atau persatuan yg ada kaitan dgn belia n sukan..
ala... mcm norza yang prnh trlibat politik wang umno dulu tu.. dia la ni politik dia hancuq dh mcm hang cuma trs diselamatkan olih pak macai dia kj... la ni dia tim. presiden bam tau... haaaaaa... kan ada kaitan dgn kem belia n sukan tu... hang trs lah merepek meraban utk kj.. moga2 hang jg dapat habuan x berupa $ tetapi mngkin habuan lain... habuan apa x tau lah.....
nasihat akhir kalam buat hang yg haprak ni... berentilh merepek meraban... memang yg amat dikagumi ayahanda tun ada silapnya cara beliau melepas penampaq dia pada najib.. tapi hang siapa nk involved (kan dh guna bahasa org putih).. aku klu dh panas memang mcm ni....
hang x layak nk msk campuq... biaq depa yg betoi buat statement.. hang duk diam sbb hang pengkhianat...
hang faham dak....?
Butoh la adam.
ReplyDeletelokman nor adam sdg membina kariernya sbg pemimpin besar!! pembahas, pengkritik, bijak, responsif & authentic. agak rugi sy tak mengundinya ketika beliau bertanding Naib Ketua Pemuda bg yg lepas. terikut2 sentimen kenegerian, bro
ReplyDelete