Disaat PAS disisihkan daripada Pakatan Pembangkang yang kini membentuk Pakatan Harapan ,UMNO bersikap terbuka menghulurkan salam kerjasama terhadap PAS. Najib dalam ucapan dasar presiden ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang menghulurkan tangan silaturrahim kepada PAS untuk membangunkan negara berlandaskan syariat. Respon daripada pemimpin-pemimpin PAS sangatlah menyedihkan dengan menanggapi pelawaan Najib itu sebagai umpan dalam menyelamatkan UMNO yang dibelenggu pelbagai masalah dalaman parti dan negara.
Sebenarnya sebelum pelbagai isu timbul membabitkan UMNO dan kerajaan waktu kini pun Najib seringkali dalam ucapan atau pertanyaan kepadanya berkenaan kerjasama antara kedua-dua parti utama orang melayu ,beliau bersikap terbuka dan boleh untuk duduk bermuzakarah serta berbincang akan hal-hal yang mempunyai titik persamaan bersama.
Kenyataan Timbalan Presiden PAS,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersikap sinis dan negatif dengan meletakkan syarat agar UMNO melaksanakan pemerintahan berlandaskan syarak baru boleh berbincang tentang kerjasama tidak mencerminkan PAS sebagai sebuah gerakan parti Islam yang benar dan ikhlas. Kenapa PAS boleh bekerjasama atau bertahaluf siyasi dengan PKR ,DAP sebelum ini yang jelas menolak dasar-dasar PAS secara terbuka sehingga menghina Presiden PAS ? Perpecahan di dalam PAS pun berpunca daripada rakan pakatan mereka sebelum ini iaitu DAP bukannya UMNO. PAS ketika itu sanggup menggadaikan agenda negara Islam dan menukar kepada negara berkebajikan demi melembutkan hati rakan politik mereka. Jadi,dimana santunan PAS kepada UMNO seperti yang diberikan PAS kepada parti seperti DAP dan PKR ?
Seharusnya pemimpin PAS pun perlu muhasabah parti mereka dan tidak bersikap sombong dan bongkak dengan kenyataan-kenyataan yang negatif ,kalau betul tidak mahu sambut pelawaan responlah dengan sifat yang mulia dan terbuka.Mereka perlulah meletakkan keutamaan akan soal perpaduan ummah dan Islam agar orang-orang Melayu tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam yang datang dari pelbagai kumpulan dan fikrah demi menghancurkan Islam.
Dah la bodoh, sombong pulak tub....padsn muka kena kencing kaw kaw oleh DAP dan PKR!
ReplyDeleteTapi masih tak sedar diri sebab terlalu bodoh.
PAS tetap PAS melainkan menukar nama baru..kalau dlm tulisan jawi memang partai islam semalaysia tapi kalau kekal menggunakan singkatan PAS..maka eloklah UMNO fikir sepuluh kali sebabnya ia tetap diertikan sebagai Partai assabiyah melayu sahaja.
ReplyDeleteAdakah DAP dan PKR meletkan Islam sebagai perjuangan ,hingga PAS sanggup berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dulu ?.Sekarang pun Pas masih bersama PKR di Selangor,adakah Azmin sudah menjadikan Islam sebagai perjuangannya.Ini lah kalau dah tok lebai politik.
ReplyDeleteAda yang mengatakan bahawa umno dah nak tumbang sebab itu Najib mempelawa pas bekerjasama tapi kalau dilihat pas ada berapa kerusi parlimen berbanding umno Dan nampak pas masih menunjukkan sikap bodoh dan sombongnya,masih tak sedar bahawa mereka dah dipermainkan oleh dap Dan pkr tapi masih terhegeh-hegeh nak bergabung dengan mereka,seolah-olah muka tak tau malu lansung ......
ReplyDeletekaau pas bersatu ngan umno ia akan jadi rosak kerana bersubahat dgn perasuah
ReplyDeleteSusah la kalau fahaman 'aku lebih islam' menebal dalam diri. Tolonglah Tuan Ibrahim, demi Islam dan perpaduan bangsa
ReplyDeletenk selesai masalah ini senang saja..
ReplyDeletehadi dan harun din keluar pas masuklah umnu dgn cr terhormat
sebb dlm pas semua tk setuju dgn umnu kecuali 2 tu saja
pas membunuh menghancur jemaah sendiri akhirnya
pemimpin yg tkade pendirian.. umpama org melintas jalan yg tk tau nk teruskan atau undur... terhegeh2 tengah jalan
akhirnya disapu lori balak.. mati begitu aje
tk caya tunggu lah
Iye ke?
DeleteAku tengok anak nik aziz ok je dengan umno... Tu dah jadi tiga orang pulak ke?