Wednesday, March 2, 2016

UMNO Sebenarnya Milik Mahathir Bukan Najib


UMNO Sebenarnya Milik Mahathir Bukannya Najib !!

Inilah fakta yang tidak boleh disangkal oleh sejarah politik negara tika mana UMNO 46' (UMNO yg diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1946) telah diharamkan pendaftarannya dan memaksa ketika itu Mahathir untuk mewujudkan semula UMNO 88' ketika krisis pengharaman UMNO. Mahathir tidak cuba memulihkan UMNO 46' menerusi undang-undang.

Ketika itu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn masih lagi hidup dan mereka sebenarnya telah terlucut keahlian UMNO 46' dengan diharamkan pendaftaran UMNO dan mereka tidak mendaftar semula menjadi ahli UMNO 88' yang didaftarkan semula dibawah Mahathir.

Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn semuanya meninggal dunia ketika diluar UMNO. Dato'Onn menubuhkan Parti Negara dan memberikan kuasa kepada Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk menjadi Yang Dipertua UMNO kerana beliau gagal meyakinkan orang melayu untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan bumiputera.

Dan kini Mahathir dengan terbuka mengisytihar untuk meninggalkan UMNO Baru/UMNO 88' yang ditubuhkannya kerana mahu Najib berundur daripada jawatan PM. Beliau yakin bahawa tindakannya ini akan memberi momentum kepada ahli-ahli UMNO untuk memberontak terhadap Najib tetapi sangkaan beliau meleset kerana sehingga ke hari ini belum ada lagi cawangan atau bahagian UMNO yang terbubar atau meninggalkan UMNO untuk mengikuti beliau dalam usaha menekan emosi ahli-ahli UMNO untuk memberi tekanan kepada kepimpinan UMNO.


Dakwaan bahawa UMNO sudah menjadi milik Najib oleh beliau wajar diteliti dengan sewajarnya. Dahulu tidakkah beliau juga melakukan perkara yang sama dilakukan Najib hari ini tetapi Najib lebih bersopan dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan seperti beliau. Tindakan penggantungan Muhyiddin pun dilakukan setelah lebih 2 kali diberi peluang tetapi Muhyiddin tetap melawan dan bertindak membelakangi dasar parti dengan tidak membantu Presiden melalui ucapan-ucapannya yang menjatuhkan kredibiliti UMNO dan pemimpinnya.

KP tidak mahu mengungkit semula sejarah2 hitam yang terpahat dalam lipatan sejarah politik negara mengenai tindakan beliau terdahulu terhadap seteru politiknya sama ada di dalam UMNO atau luar. Kita sedia maklum perkara itu dan hari ini setelah keluarnya beliau daripada UMNO ibarat tercabutnya paku daripada tapak kaki dengan sendirinya. Lebih mudah bagi ahli-ahli UMNO untuk menilai tindak tanduk beliau yang kini giat bersama pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib.

Beliau sanggup bersama sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama dengan beliau walaupun dahulunya mereka itu pernah mencerca ,caci maki beliau ketika beliau bergelar Presiden UMNO dan PM Malaysia dengan gelaran Maha Firaun /Maha Zalim dan sebegainya. Kini mereka sanggup jilat ludah yang telah dimereka lakukan kerana benci mereka terhadap Najib.


Sampai bila politik Malaysia harus begini ?? Perlukah Malaysia harus ditadbir dibelakang tabir seorang 'bekas PM' seperti di Singapura yang mana Lee Kuan Yew menjadi Menteri Mentor Singapura sejak tidak lagi bergelar PM sehingga akhir hayatnya. Kenapa perlu wujud 'Council of Elders' yang diminta oleh Mahathir sebelum ini kepada Najib ?? Tidakkah ini bukti bahawa Mahathir masih menganggap UMNO dan Malaysia milik beliau untuk ditadbir disebalik sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat ??

Renung-renungkan.....

5 comments:

  1. mike silap yop..musuh najib sebenarnya adalah orang yang rapat disekeliling najib. tun M hanya mahukan najib turun tetapi tidak pada yang lain. sekarang ini pun sudah ada geng pemakan dedak yang berangan nak jadi ketua bahagian, sedangkan kedua duanya penyokong najib..lu pikir sendiri laa....

    ReplyDelete
  2. Renung-renungkan apa yang Najib dah lakukan. Kos sara hidup makin meningkat & macam2 lagi yang menyusahkan rakyat bawahan. Rakyat atasan & pemakan dedak tiada masaalah. Soal UMNO milik siapa tak jadi sekelumit kudis pun kepada rakyat kebanyakan. Bagi blogger2 yg kaki penjilat, isu ini adalah modal terbaik. But WHo Cares?

    ReplyDelete
  3. Kepada Blogger keris puasaka berhubung tajuk UMNO Bukan Milik DS Najib tapi Milik DS Mahatir,Saya Fikir anda Kurang cerdik menilai ke sejarah sebenar tentang Penubuhan UMNO yang diTubuhkan Malayan Union oleh Tunku Abd Rahman,Ia bukan Milik Tunku, Tun Razak,Tun Hussin,Tun Mahatir,Tun Abdullah atau DS Najib,Mereka hanya Penyambung Perjuangan Bangsa Melayu,Tapi Hak Mutlak UMNO ada Milik Orang Melayu yang telah lama berjuang semasa Penjajahan Ingerris dulu,itu yang maksudkan tak cerdik menilai sejarah.Harap bersabar jangan nampak terlalu PRO.terima kasih dan maaf.

    ReplyDelete
  4. Satu lagi Komen,Mereka telah meninggal dunia dan terpaksa meninggalkan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Komen Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Nasruddin Hassan .... “Dia (Mahathir) sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong?

    “Suka saya sarankan kepada semua pihak agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS hari ini" ...apa pon tak baik tudoh Ustaz Nasruddin makan dedak pula..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.