Pasca keputusan pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah memberi suatu isyarat baru kepada parti-parti politik utama dalam Malaysia bahawa rakyat adalah penentu utama dalam kejayaan dan kelangsungan sesebuah parti politik itu agar terus relevan dalam arus politik negara.
Penolakan rakyat terhadap parti-parti pembangkang daripada koalisi PH(Amanah) dan Blok Ketiga(PAS) telah memberikan momentum yang baik kepada BN dalam rangka kerja menuju PRU-14.
Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR dengan tidak segan silunya meletakkan kesalahan utama kepada rakyat kerana tidak memilih mereka berbanding BN setelah mereka bertungkus lumus berkempen dengan pelbagai isu utama negara yang menghimpit kehidupan rakyat seperti GST, 1MDB, kos sara hidup tinggi, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan BN.
Beliau seakan-akan terkesima dengan respon rakyat kedua-dua kawasan yang begitu nekad mempertaruhkan undi mereka kepada BN seperti tidak kisah akan isu-isu rakyat dan negara yang membelenggu Malaysia ketika ini.
Rafizi seharusnya sedar bahawa tawaran mereka kepada rakyat tidak realistik dan rakyat sukar untuk memberi kepercayaan sebagaimana tawaran yg dikemukan BN yang sememangnya akan diangkat sebagai suatu agenda besar dalam menterjemahkan manifesto yang di tawarkan kepada rakyat.
Manifesto-manifesto kabur daripada PH (Amanah) yang ditambah dengan deklarasi mahathir-kit siang yang bertujuan untuk menghumban Najib daripada kerusi PM dan mengangkat kroni Madey dan seangkatannya menambahkan rasa muak rakyat yang memikirkan bahawa tiada beza jika Najib turun dan penggantinya nanti dikalangan pemimpin UMNO BN juga. Tiada perubahan besar dari segi dasar dan polisi kerajaan.
PAS yang bertanding secara solo telah berjaya membuktikan bahawa mereka punya "grass root" yang cukup baik di kedua-dua kawasan walaupun bersendirian tanpa bantuan parti PKR yang bersekutu dalam PH. Rafizi juga cuba menunding jari kepada PAS kerana berdegil untuk terus bertanding walaupun tahu peluang untuk mereka menang tidak ada harapan sekalipun.
Bagi KP, kemenangan BN di kedua-dua tempat banyak berkisar kepada faktor persekitaran dan calon yang dikemukan oleh BN sendiri. Calon BN Sungai Besar merupakan orang yang sangat cocok dengan kawasan tersebut kerana benar-benar memahami suara dan rasa pengundi-pengundi Sungai Besar. Pencalonan isteri Arwah Dato' Wan Khairil juga mungkin salah satu cara BN memenangi hati pengundi Kuala Kangsar yang sebelum ini sangat mesra dengan beliau sendiri yang sering bertemu rakyat bersama arwah suaminya, Beliau tidak kekok dengan persekitaran hidup bersama dengan rakyat dan berkhidmat kepada mereka.
Rakyat kedua-dua kawasan bukannya bodoh dalam meletakkan kepercayaan mereka. Mereka lebih kehadapan dalam menilai baik buruk calon-calon parti yang dikemukan. Jika salah mereka mengundi, nasib mereka akan terabai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka tidak memlih pembangkang kerana khuatir calon mereka tidak akan kerap bersama mereka dikawasan dan pulang sekadar sebulan sekali bagi menjenguk rakyat.
Faktor persekitaran pilihan raya di bulan ramadhan sangat berbeza seperti diluar ramadhan. Aktiviti kempen pilihanraya mungkin terhad masanya kerana kekangan waktu yang singkat disebabkan malam hari umat Islam beribadah di Masjid-masjid dan ceramah kempen dimulakan hanya selepas 10 malam. Tetapi berbeza bagi kem PH, mereka tidak sensitif dengan perkara itu dan tidak mengjormati bulan ramadhan sehingga terdapat insiden ceramah PH yang menggangu ibadah solat terawih di masjid berhampiran kerana terlalu kuat sistem audio hingga menimbulkan kemarahan penduduk sekitar. Perkara-perkara seperti ini sangat sensitif terutama kepada orang-orang melayu dan Amanah gagal mengajar DAP agar 'tidak kurang ajar' ketika berceramah.
Akhir kata, keangkuhan Rafizi dalam menyalahkan rakyat melalui kedua-kedua pilihanraya kecil wajar direspon pada mana-mana pilihanraya akan datang agar mereka kembali sedar daripada mimpi basah mereka dalam PH + deklarasi mahathir -kit siang untuk muhasabah kenapa mereka masih tidak diterima rakyat walaupun sehebat mana pun kempen kebencian mereka terhadap BN.